Tips Basuh Pinggan Cepat, Guna Mesin Basuh Semi Manual Je Boss!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tips Basuh Pinggan Cepat, Guna Mesin Basuh Semi Manual Je Boss!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Dec 20, 2021
at 2:30 PM

Tips Basuh Pinggan Cepat, Guna Mesin Basuh Semi Manual Je Boss!

Ditulis oleh: Nur Syamila Binti Kamarul Arefin

Selalunya selepas sahaja makan, pasti ada antara kita berebut untuk tidak membasuh pinggan, sebab malas, maklumlah pinggan terlalu banyak jadi faham-fahamlah masalah utama dalam sesebuah rumah.

Namun tular sebuah video di TikTok untuk anda yang nak memudahkan kerja harian, iaitu membasuh pinggan mangkuk. Sekali tengok, betul ke ia memudahkan kerja kita semua. Namun, lelaki ini dilihat meletakkan pinggan dan cawan yang kotor ke dalam mesin basuh semi automatik untuk membasuh pinggan dengan cara yang paling mudah.

Malah, lelaki ini juga meletakkan sabun serbuk ke dalam mesin basuh. Setelah itu menekan suis on sama sepert sedang membasuh pakaian.

"Cara mudah basuh pinggan. Korang je yang buat-buat susah," katanya.

Video ini telah tular di Tiktok menyebabkan ramai warga maya yang respon. Mereka semua terhibur dan tidak terfikir langsung idea dari lelaki ini. Tips ini nampak macam berguna, walauapapun, terima kasih kongsikan tips berguna ini abang.