Graduan Engineering Pilih Kerja Rider Sebab Gaji Tinggi, Tapi Sampai Bila Nak Ride? Tua?
# Pengetahuan Pekerja

Graduan Engineering Pilih Kerja Rider Sebab Gaji Tinggi, Tapi Sampai Bila Nak Ride? Tua?

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Feb 10, 2022
at 10:13 AM

Graduan Engineering Pilih Kerja Rider Sebab Gaji Tinggi, Tapi Sampai Bila Nak Ride? Tua?

Apa yang dinyatakan abang ni benar sekali. Sampai bila nak jadi rider? Takkan dah tua nanti nak jadi rider? Lepastu kerja 12 jam sehari. Jadi apa? 

"Saya nk cerita pasal saya dh bekerja sebagai rider selama 3 tahun. Saya grad dekat ipta kos mekanikal engineering. Pointer ok ok la. Pastu bila cari kerja tu saya 3 bulan cari tak jumpa jumpa. Ada memang ada yang panggil tapi satu pulak, gaji kecik sangat macam 1,800 gitu je. So rasa macam boleh ke hidup kat kl ni dengan gaji gitu. belajar tinggi gaji kecik"

So dekat sini apabila pekerjaan yang dtawarkan tidak mendapat perhatian dari para graduan, so graduan pun memilih untuk kerja apa apa yang gaji lebih besar.

"so bila susah nak jumpa kerja yang rasa ok, saya ikut la kawan kawan saya jadi rider. mula mula nak nangis la kerja 12-13 jam sehari. tapi bila fikir gaji berbaloi saya kuatkan diri jugak la. pernah saya kerja sebulan non stop tak cuti sebab nak kejar duit saving. nak kawin kan. hmn. tapi tulah, bila fikir semula. sampai bila nak jadi rider? dah kawin nanti takkan nak kerja 13 jam sehari jugak tak cuti? kalau dah gaji sekarang boleh dapat banyak, macam mana nak kerja office semula gaji bawah rm2k?

Hari hari saya fikir ni. entah la. korang yang baca ni ada pandangan tak apa patut saya buat? ni baru satu. belum lagi makcik makcik jiran, mak cik kat kampung tahu saya kerja rider. pandang keji je kata belajar elok elok bawak motor hantar makanan. macam lah anak dia kerja kerani tu gaji 10k nak cakap macam tu kat saya. tapi tulah sabo jelah dah orang pikir hina kerja kita. mentaliti kelaut.

itu jelah min nak luah. saya pn takde jawapan apa patut saya buat macam sampai bila nak kerja rider sampai tua? Hmn"

Betul, pandangan min sebenarnya. Apa bila kita bekerja office ni kita mungkin bermula dengan gaji yang kecil. Tapi kan ada increment. So akan datang, akan besar juga. Cuma perlu bersabar. Tapi kalau jadi rider, adakah gaji akan meningkat?