4 Perkara Yang Recruiter Paling Menyampah Bila Baca CV Korang
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Perkara Yang Recruiter Paling Menyampah Bila Baca CV Korang

post by Aisya

by Aisya

Jun 16, 2016
at 8:02 AM

Ok korang semua tahu yang CV itu sangat penting dalam mencari kerja. Cumanya nak cari masa untuk duduk dan mula menulis CV itu yang remehnya. Mungkin ada yang beranggapan tak ada salah pun kalau gunakan CV lama yang korang simpan 3-4 tahun lepas untuk nak mohon kerja baru. Berhenti lah nak yakinkan diri tu, tak boleh diterima okay kalau gunakan CV yang lama. Semua info yang tak up-to-date tu macam mana recruiter nak call korang?

Kalau korang memang tak ada masa, suka melengah-lengahkan, atau tak tahu nak mula dari mana, sini kami dah sediakan segala tips power untuk yakinkan recruiter kenapa perlu ambil korang.

Dan bagi yang dah jumpa kerja yang memang korang minat, tak kan lah nak ‘pasang mata’ je. Keluarkan CV terhebat korang tu dan hantar ke company tersebut! Eh tapi sebelum tu, pastikan CV korang dah ada segala maklumat peribadi yang penting dan pengalaman bekerja tapi bahagian yang mencabar sikit adalah bagaimana nak tonjolkan CV daripada orang lain dan beritahu majikan yang korang adalah pilihan terbaik.

Untuk bantu dari segi tu, kami ada kesemua yang korang perlukan dalam menulis CV:

1. Semak jika ada typo

Okay dah tahu macam mana nak pesan lagi yang pentingnya untuk pastikan CV korang tak ada sebarang typo. Benda yang paling menjengkelkan bagi recruiter ni bila pegang je kertas korang tu ternampak ada typo. Hmm... terus hilang minat nak baca selanjutnya. Semak berkali-kali sebelum hantar, dan kalau korang masih rasa was-was boleh suruh kawan tolong semakkan. 

Lagi satu, jangan lah guna slanga dalam Cv tu. Tulis secara formal dan kemas. Korang nak minta kerja bukannya hantar surat pada kawan baik. Huhu..

2. Baca penerangan jawatan yang telah disediakan

Bila tengok gaji yang ditawarkan besar dan jawatan pun best memang lah mudah berasa kagum. Tapi.. korang perlu pastikan korang fahamkan dulu penerangan untuk jawatan yang dimohon. Jangan main hentam je. Bila dah kerja nanti merungut kenapa kena buat itu ini dan untuk elakkan benda ni berlaku, mula-mula sekali yang korang kena buat adalah baca dengan teliti mengenai jawatan tu serta peranan kerja tersebut. 

Kalau korang dah rasa ngam dengan diri korang, boleh lah korang fikirkan dengan kreatif macam mana untuk kaitkan huraian mengenai kerja tu dengan CV korang. Macam contoh jawatan yang dimohon itu ada menyebut tentang 'boleh siapkan kerja dalam masa yanng diberikan', jadi tuliskan dalam CV yang korang pandai menguruskan masa dengan cekap. Haaa... nampak tak? Senang kan?

3. Sesuaikan CV korang dengan kerja yang dimohon

Bila nak mohon kerja tu bukannya 1-2 kerja, iye faham. Dan selalunya mereka ni buat satu CV yang boleh 'masuk' dengan segala kerja yanng dimohon. Ala... nampak sangat korang tak rajin nak luangkan masa sikit je pun. Kalau yang jenis suka buat macam ni, CV korang akan nampak terlampau general dan tak berikan segala info specifik yang diperlukan. 

Macam contoh, korang mohon kerja sebagai penulis serta guru Matematik dan dalam CV tu muatkan semua dari pengalaman mengajar Maths lah, menyumbang artikel kepada majalah campus dan macam-macam lagi. Kepada company yang korang mohon sebagai penulis tu tak nampak apa kaitannya pernah mengajar subjek Maths dengan nak jadi penulis.

CV itu sepatutnya bukan untuk nak muatkan dalam kesemua kategori kalau boleh. Cara yang sebetulnya adalah buat banyak-banyak CV untuk setiap kerja yang berlainan bidang dan perlukan pengalaman yang berbeza. 

4. Jangan hanya tulis jawatan yang dipegang tapi apa yang korang dah capai

Bagi yang aktif waktu universiti dulu masuk macam-macam kelab dan persatuan sudah semestinya ada yang pegang jawatan bukan? Okay apa yang boleh dilihat dengan cara graduan ni tulis CV, mereka lebih kepada hanya tulis jawatan yang disandang dalam bentuk "bullet points" tanpa sebarang huraian. 

Bila recruiter baca dia hanya tahu yang korang pegang jawatan itu tapi apa yang korang dah capai sepanjang pegang jawatan tersebut? Haa.. itu lah yang diorang nak tahu sangat. Ingat akronim ni STAR iaitu "Situation-Task-Action-Result". Jadi untuk kesemua aktiviti atau jawatan yang disandang, pastikan setiap ayat korang tu menjawab kesemua 4 elemen ini.