[Fakta] 4 Tips Mengenai Kerjaya Ini Sebenarnya Auta Sahaja... Korang Dengar Tu Tak Betul Pun!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

[Fakta] 4 Tips Mengenai Kerjaya Ini Sebenarnya Auta Sahaja... Korang Dengar Tu Tak Betul Pun!

post by Izuan

by Izuan

Jun 28, 2016
at 8:12 AM

kadang-kadang korang selalu terbaca mengenai tips kerjaya untuk korang lakukan. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya tak semua tips-tips yang selalu dibaca itu betul. Ada yang tak tepat malah tak betul pun. Pernah tak korang ikut segala tips yang korang dengari tapi satu panggilan pun tak ada.

Sebenarnya majikan tak nak tengok pun semua ni, sebab semua tips-tips yang korang lakukan di depan mata mereka tu tak menyumbnag pun untuk prestasi syarikat. Nak tahu apa tips tu? Tengok ni.

1. Tanya Mengenai Kenaikan Pangkat

Kebiasaannya kita dengar yang korang takkan dapat naik pangkat kalau tak bertanya, Menurut  PeopleNRG.com Managing Partner Lawrence Polsky menegeaskan bahawa korang tak sepatutnya tanya walaupun semasa pihak atasan membuiat ulasan tahunan setiap hujung tahun terhadap diri korang.

Sebaliknya, korang perlu tunjukkan dalam kerja korang tu bahawa korang layak untuk menerima kenaikan pangkat. Tak perlu tanya, tak perlu mengempu boss!

2. Resume Yang Baik Akan Buatkan Korang Diterima Bekerja

Marketing strategist Kyle Sexton menerangkan bahawa perkara penting yang korang patut fokus dalam resume adalah isi kandungnya, tak perlu ikut kronologi ceritakan kerja yang korang lakukan. Berikan info tepat dan padat dengan mesej yang ingin di sampaikan. Segala resume infografik sebenarnya tak lah membantu pun, kalau korang tak ada nilai dalam diri untuk mereka pilih. 

Tapi kan, menegenai lelaki yang terima bekerja di Majalah GQ sebab resume cantik tu, berlaku satu dalam seribu, jarang berlaku. hakikatnya, resume yang ada isi adalah tarikan utama majikan.  Resume ini dibaratkan sebagai senjata utama untuk meyakinkan majikan, tetapi korang kena ingat juga sikap dan prestasi korang masa itu sebenarnya yang akan menentukan korang dapat kerja atau tak, bukan resume semata-mata

3. Hantar Nota Terima Kasih Selepas Interview

Menurut, Jurulatih kerjaya Bettina Seidman ia memang satu idea yang bagus untuk hantar nota terima kasih melalui email kepada majikan. Tapi bukanlah nota sahaja, jelaskan dalam email itu yang korang adalah calon paling sesuai utuk follow up. Bukan ceritakan opengalaman temuduga dan puji majikan, itu semua hanalah mengampu sahaja. 

Pokok pangkalnya, kalau prestasi korang okay, macam mana cara sekali pun majikan tetap nak pada korang.

4. Kerja Ikut Passion

Kalau yang ada yang kata betul ada yang kata tak, tetapi menurut  Heidi Nazarudin, bekas CEO yang kini menjadi seorang blogger berjaya menjelaskan bahawa nasihat ini amat meleset sama sekali. Ramai orang ada minatnya sendiri dan masih  ada yang tak tahu lagi perkara yang mereka minati, kadang-kadang sesetengah minat tu tak boleh di jadikan sumber pendapatan.

jadi persoalannya disini, apa yang korang nak lakukan dalam hidup korang? Sebagai contoh, Nazaruddin meminati bidang visual kreatif tapi memandangkan untuk menjadi seorang jurufoto itu sukar untuk mendapatkan sumber pendapatan, sebaliknya beliau menceburi bidang pelaburan bank namun beliau tetap melakukan hobinya dalam fotografi pada hujung minggu.