Apakah perasaan anda apabila menerima sepucuk surat yang ditulis oleh diri sendiri pada masa silam? Mesti anda berasa sedikit gentar untuk membacanya semula lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak anda sendiri! Apa saja yang ditulis dalam surat itu bagai bermain semula di dalam benak fikiran anda dan membawa anda ke zaman kanak-kanak semula. Sungguh luar biasa.



