6 Jenis Majikan Yang Korang Bakal Jumpa Dan Cara Nak Menangani Karenah Mereka
# Pengetahuan Pekerja

6 Jenis Majikan Yang Korang Bakal Jumpa Dan Cara Nak Menangani Karenah Mereka

post by Aisya

by Aisya

Jul 12, 2016
at 6:16 AM

Bukan pekerja je ada perangai tertentu, majikan pun ada macam-macam ragam. Ada yang sampai tak tahu dah nak layankan macam mana dan ada juga yang berperangai pelik semacam je. Ingat! Kerjaya korang tu bergantung pada betapa dalam korang memahami karakter majikan. Kalau korang langsung tak nak mencuba untuk memahami memang akan wujud salah faham.

Jangan risau, korang tak bersendirian dalam hal ni. Kami sedia untuk membantu korang dengan perangai-perangai pelik majikan dan cara untuk nak tangani. Okay?

1. Majikan terlampau workaholic

Majikan yang jenis terlampau kuat bekerja ni macam robot tak henti-henti asyik kerja je yang memang jenis tak ambil peduli tentang keseimbangan antara kerja dan kehidupan sosial ni memang korang akan jumpa. Pasti punya dalam banyak-banyak kerja ayang korang lalui akan ada dapat majikan jenis sebegini.

Majikan yang macam ini selalunya bekerja  waktu hujung minggu, cuti umum, tengah malam, bila-bila masa sahaja lah. Yang paling lawak sekali, susah untuk korang dapat berita yang bos tak akan masuk kerja hari ni sebab cuti sakit. Jarang sama sekali. Hmm.. agak-agaknya macam mana diorang boleh kekak sihat walaupun kerja lebih masa ye?

Jangan lah khuatir sangat kalau dapat majikan sebegini. Senang je cara nak melayan majikan sebegini. Buat kerja korang dengan efficient dan cermat.

2. Gila kuasa

Haa.. yang ni jenis majikan yang paling sakit sekali nak tempuh. Setiap kali bila korang tanya "bos kenapa  kena buat macam ni?"' lepas tu boleh pula dia jawab "Sebab saya bos dan awak hanya kuli." Wow ini memang jawapan yang menyakitkan hati betul! Selamat maju jaya lah kalau dapat majikan yang sebegini. Langsung tak beri peluang untuk korang nak bagi pendapat dan kena bulat-bulan terima apa sahaja yang diorang katakan.

Apa yang korang boleh buat? Ikutkan sahaja lah segala arahan dia, apa yang betul korang buat dan apa yang dirasakan salah tak perlu nak buat juga atas dasar dia majikan korang.

3. Dalam hati ada taman

Jenis yang hati tisu cakap pun lembut memang rasa best je nak bekerja bawah dia dan mesti lah semua nak majikan yang sebegini bukan? Best itu sudah tentu tapi dalam jangka masa panjang, majikan sebegini sebenarnya menyusahkan pekerja dia untuk terus maju kehadapan malah membuka ruang agar pekerja jadi malas dan naik kepala. Berlembut dengan pekerja tu boleh cuma ada batasnya. Jangan pekerja pula lagak seperti bos.

4. Dengar je bunyi tapak kaki semua menyorok

Pernah tengok cerita The Devil Wears Prada? Haha.. Macam tu lah perasaan dia kalau dapat jenis bos yang menggerunkan ni. Siap pasang mata-mata lagi untuk nak bagitau kalau majikan ni dah sampai belum. Daripada yang tengah berborak dekat pantry tu terus pecut berlari ke meja masing-masing. Apa je yang majikan jenis begini tak pernah buat? Tengking pekerja tu dah jadi satu kebiasaan, baling barang, dan sebagainya memang diorang pakar. Bagi yang bekrja dengan majikan sebegini tak ada apa yang kami boleh nasihatkan, cuma banyakkan bersabar.

5. Bos merangkap kawan baik

Majikan sebegini sebenarnya nak berkawan kalau boleh dengan kesemua pekerja dan dalam masa yang sama juga nak nampak sama rata dengan orang lain. Kalau majikan sebegini buat lawak, korang layankan lah dan gelak. Tapi jangan pula  melebih-lebih gelak walaupun tak lawak. Jangan jadi "macai bos" sebab tak ada sesiapa suka. Berhati-hati dan jangan terlebih melayan majikan seperti kawan sangat. Mereka tetap majikan walaupun semesra mana pun.

6. Majikan terbaik di dunia

Yay, majikan sebegini lah kita semua nak! Seseorang yang adil, dan senantiasa menyokong pekerjanya dalam sebarang perkara. Majikan sebegini adalah seorang pemimpin dan sangat bagus dalam kendalikan kerja. Tak susah kalau dapat majikan sebegini, bersyukur lagi adalah. Bertuahnya kalau dapat majikan sebegini.