

by Ani
Haaa, korang team kad kredit atau kad debit? Kalau korang masih keliru nak pilih mana satu, kita bincang pasal kelebihan santai kad kredit yang buatkan dia lebih 'power' berbanding kad debit.
Eh, bila guna kad kredit, korang boleh pilih nak bayar ansuran atau sekali serang je pas tarikh gaji. Lagi senang nak atur bajet bulan-bulan. Kad debit pulak, straight je dari akaun, tak banyak pilihan.
Ni best gila! Kad kredit suka bagi hadiah macam-macam, ada diskaun, point-point yang boleh tukar barang free, atau cashback tunai. Kad debit tu macam biasa je, jarang ada reward menarik.

Artikel Berkaitan: Ramai Salah Anggap Yang Kad Kredit Punca Bankrap Tapi Sebenarnya Ada 5 Kelebihan Kad Kredit Kalau Korang Pandai Pakai
Kad kredit ni cam hero pelindung. Kalau beli barang, terus rosak ke hilang, ada insurance dia cover. Kad debit biasa-biasa je, kena jaga elok-elok kalau taknak terus nangis.
Kad kredit boleh pindah hutang dari kad lain yang caj faedah tinggi. Lagi satu cara nak selamatkan duit! Kad debit memang takde benda macam ni.
Nak beli rumah, keta, kena ada sejarah kredit yang cun. Kad kredit ni cam CV kewangan, kalau cun, senang nak dapat pinjaman besar.
Tapi, ingat ni ya, guna kad kredit ni kena bijak sikit. Jangan terlebih ‘swipe’ sampai bila-bila tak habis hutang. Pastikan bayar balik tepat masa, elakkan kena charge tinggi.
Dengan kebijaksanaan, kad kredit boleh jadi kawan baik korang untuk uruskan duit. So, mana satu pilihan korang?
Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: