Gaji Dah RM5,000 Tapi Asyik Makan Maggi Setiap Akhir Bulan Sebab Duit Tak Cukup. Mana Silapnya?
# Trending Semasa

Gaji Dah RM5,000 Tapi Asyik Makan Maggi Setiap Akhir Bulan Sebab Duit Tak Cukup. Mana Silapnya?

post by Ani

by Ani

Mar 13, 2024
at 12:42 PM

Gaji Dah RM5,000 Tapi Asyik Makan Maggi Setiap Akhir Bulan Sebab Duit Tak Cukup. Mana Silapnya?

Dengan kos sara hidup yang makin naik setiap hari, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tak kira la gaji tinggi macam mana sekalipun mesti rasa pressure untuk sara diri dengan pendapatan sendiri. Korang macam tu jugak kan?

doktor

Baru-baru ni, seorang doktor ada membuat luahan di media sosial dan dia share keperitan yang dia lalui iaitu terpaksa makan mi segera setiap akhir bulan walaupun gaji bulanannya tinggi. Dalam satu posting di sosial media X, dia ada nyatakan bahawa dia sekarang kerja sebagai doktor dan gaji bulanannya RM5,000 sebulan. Dia sekarang struggle sebab gaji yang diterimanya tu tak cukup untuk tampung perbelanjaan bulanannya.

"Kerja pegawai perubatan ud41, gaji 5k. Sewa condo 2.9k, loan keta 500, bil unifi 100, bil fon 100, minyak 400 sbulan. Makan slalu x cukup kena makan megi hujung bulan, savings x ada. Mana silapnya?". Itulah luahan dia kongsikan dalam sosial media.

luahan

Luahan ni mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada netizen siap kata lagi "baru gaji RM5,000 tapi taste sewa rumah mcm nak bayar rumah landed 2-tingkat" dan ada juga komen "Silap kat sewa condo...gred 41 medical,bukan Ada masa bnyk dok rumah pun...ambik rumah cukup utk balik tido je.."

Kebanyakan netizen tidak bersimpati dengan luahannya malah memberi pandangan supaya dia tidak sewa condo kerana sewa condo sahaja pun dah mencecah RM3,000. Iaitu lebih daripada 50% dari jumlah gaji yang dia terima.

Jadi, dalam luahan ni, kita dapat belajar bahawa pengurusan kewangan dengan bijak amat penting dan jangan ingat gaji tinggi terus boleh berbelanja sesuka hati. Semoga pengalaman doktor ini memberi pengajaran kepada kita semua tentang kepentingan perancangan kewangan yang baik.


Drop Resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: