Saya Gaji Dah RM6,000 Tapi Kerja Pulak Tak Ada, Bosan Pergi Kerja Tapi Tak Buat Apa-Apa!
# Trending Semasa

Saya Gaji Dah RM6,000 Tapi Kerja Pulak Tak Ada, Bosan Pergi Kerja Tapi Tak Buat Apa-Apa!

post by Ani

by Ani

Mar 17, 2024
at 1:51 PM

Saya Gaji Dah RM6,000 Tapi Kerja Pulak Tak Ada, Bosan Pergi Kerja Tapi Tak Buat Apa-Apa!

Baru-baru ni, Maukerja dapat satu luahan dari seorang individu dimana dia ada luahkan perasannya kepada kami bahawa dia rasa bosan gila dekat tempat kerja. Nak tau sebab apa dia berasa bosan? Sebabnya dia tak ada apa-apa kerja boleh dibuat. Mungkin bagi sesetengah individu mesti la suka kan kalau pergi kerja tapi tak perlu buat kerja. Tup tup akhir bulan terima gaji je. Tapi berbeza dengan pengadu ni. Dia berasa bosan sampaikan rasa nak tukar tempat kerja walaupun gaji mencecah RM6,000 sebulan.

luahan

Dia sekarang ibarat dalam dilema sampaikan ada rasa nak give up sebab tiada apa yang boleh dilakukannya. Pengadu juga berkongsi bahawa masa zaman mula-mula dia bekerja dulu, pekerjaannya lebih kepada hands-on sebab itu dia rasa lagi suka bekerja walaupun masa itu gajinya lagi rendah kalau nak dibandingkan dengan gaji sekarang.

Jadi, kalau korang ada dalam situasi ni, korang akan bosan jugak atau lagi suka kalau tak ada kerja?


Drop Resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: