Berita Gembira! Kerajaan Bakal Kaji Semula Gaji Minimum Pekerja Di Malaysia
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Berita Gembira! Kerajaan Bakal Kaji Semula Gaji Minimum Pekerja Di Malaysia

post by Ani

by Ani

Mar 18, 2024
at 11:33 AM

Berita Gembira! Kerajaan Bakal Kaji Semula Gaji Minimum Pekerja Di Malaysia

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Steven Sim, Menteri Sumber Manusia ada memberitahu bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbangkan semula kadar gaji minimum untuk tahun ini.

Menurut Steven Sim, "Kita sedang merangka proses semula kaji gaji minimum berdasarkan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Pandangan semua pihak, termasuk majikan dan pekerja, akan diambil kira. Kami juga akan merujuk kepada laporan-laporan sosioekonomi seperti yang disampaikan oleh Yang Berhormat (YB) Batang Sadong."

Steven Sim

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada pertanyaan yang diajukan oleh Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong), yang merujuk kepada cadangan Bank Negara serta projek Belanjawanku, khususnya projek celik kewangan KWSP.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan memastikan gaji yang layak bagi semua pekerja. Beliau juga ada menggariskan bahawa proses kajian ini akan melibatkan dialog dan pemahaman bersama dari pelbagai pihak, demi mencapai keputusan yang adil dan seimbang. 

Kedudukan ini mencerminkan perubahan dinamik dalam landskap ekonomi Malaysia, di mana kerajaan selalu peka terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat, lagi-lagi dalam konteks kewangan rumah tangga. 

Dengan demikian, tindakan seperti macam ni diharapkan dapat memberikan impak positif kepada kehidupan ribuan pekerja di seluruh negara. Semua mata tertumpu pada perkembangan selanjutnya dalam proses kaji semula ini, sambil menanti keputusan yang akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang sesuai. Jadi apa pendapat korang? Adakah ada sinar harapan gaji minumum akan naik?


Drop Resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: