

by Maukerja Team
Kerajaan Malaysia melalui program BUDI MADANI telah memperkenalkan platform penyasaran semula subsidi bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Subsidi ini disasarkan kepada golongan yang layak sahaja, dengan memberi fokus kepada kenderaan pengangkutan barangan darat dan individu terpilih yang memerlukan bantuan tunai. Langkah ini bertujuan untuk mengawal harga barangan dan membendung kenaikan kos sara hidup.
BUDI MADANI adalah inisiatif Kerajaan MADANI yang komited untuk memastikan peruntukan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak. Melalui Belanjawan 2024, kerajaan menekankan penyasaran semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. Terdapat tiga kategori penerima subsidi di bawah program ini, iaitu:
Bagi penerima sedia ada, bantuan tunai BUDI MADANI akan disalurkan mulai 17 Julai 2024. Manakala, permohonan baharu yang telah diluluskan pada bulan Julai akan menerima bantuan tunai mulai 7 Ogos 2024.
Masih belum memohon bantuan tunai BUDI MADANI? Layari segera BUDI MADANI untuk menyemak kelayakan dan memohon!
BUDI Individu adalah sumbangan tunai daripada kerajaan sebagai lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khas untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia. Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.
1. Pemohon:
2. Kriteria Pemilikan Kenderaan:
3. Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu:
Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu dengan langkah-langkah berikut:
1. Daftar akaun pengguna
2. Klik pada "Mohon Di Sini" bagi BUDI Individu
3. Masukkan maklumat pemohon seperti:
4. Masukkan maklumat kenderaan diesel seperti:
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di BUDI MADANI. Jika permohonan tidak diluluskan dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mula dibuka pada awal Jun 2024.
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang "Semak Status" pada papan pemuka (dashboard) permohonan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima. Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Jika anda penat mencari kerja berkaitan AI, jangan risau. Maukerja mempunyai lebih daripada 1,000,000 peluang pekerjaan menanti anda! Anda hanya perlu hantar resume anda dan majikan akan menghubungi anda melalui WhatsApp.
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: