PISMP 2024: Semakan Keputusan IPG
# Trending Semasa

PISMP 2024: Semakan Keputusan IPG

post by Ani

by Ani

Aug 6, 2024
at 12:00 PM

PISMP 2024: Semakan Keputusan IPG

Apa Itu Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah institusi yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melatih bakal guru. IPG berfungsi sebagai pusat latihan utama bagi guru yang akan berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Institut ini menawarkan pelbagai program akademik dan latihan untuk memastikan guru-guru dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Institut Pendidikan Guru (IPG)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah program utama yang ditawarkan oleh IPG untuk melatih guru sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP):

1. Program Persediaan PISMP

  • Tempoh: 1 tahun (3 semester)
  • Lokasi: IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

​2. Pengajian PISMP

  • Tempoh: 4 tahun (12 semester)
  • Mod: Sepenuh masa
  • Sijil: Sijil Tamat Program akan diberikan kepada pelajar yang lulus program persediaan.

BACA JUGA: Deskripsi Tugas Guru Dan Gaji Guru

Syarat Dan Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Calon yang berminat untuk memohon PISMP 2024 mestilah memenuhi syarat-syarat PISMP berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 (lahir pada atau selepas 30 Jun 2004).
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

IPG menawarkan pelbagai bidang pengkhususan untuk PISMP 2024, termasuk:

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC & SJKT):

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah

Keputusan Penuh Tawaran Kemasukan PISMP

Semakan penuh keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2024 boleh dibuat bermula 9 Ogos 2024, Khamis pada jam 10:00 pagi.

Untuk maklumat lanjut dan semakan keputusan, sila layari laman sesawang rasmi PISMP di pautan berikut: https://pismp.moe.gov.my.

Kalendar Aktiviti Permohonan IPG Tahun 2024

Berikut adalah kalendar aktiviti dan tarikh penting bagi permohonan PISMP – Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2024:

1. Iklan Permohonan PISMP Ambilan 2024 di Portal KPM & Laman FB IPGM

  • 11 Mac – 15 April 2024

2. Permohonan secara atas talian (online) dibuka

  • 14 Mac 2024

3. Permohonan Ditutup

  • 15 April 2024

4. Pelaksanaan e-UKCG secara dalam talian

  • 15 – 19 April 2024
  • 22 – 26 April 2024

5. Keputusan (e-UKCG), Semakan calon layak temu duga serta (UKF)

  • 13 Jun 2024

6. Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) & Temuduga secara fizikal

  • 24 – 27 Jun /1 – 5 Julai 2024

7. Semakan Tawaran Calon Berjaya

  • 24 Julai 2024 (Lepasan SPM)
  • 13 Ogos 2024 (Lepasan STPM, STAM & Matrik)

8. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)

  • 26 Ogos 2024

Permohonan IPG Dan Kemasukan IPG

Permohonan dan kemasukan ke IPG melibatkan beberapa peringkat saringan termasuk:

  • e-UKCG: Calon mesti menjawab Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan) dalam tempoh yang ditetapkan secara dalam talian.
  • Temu Duga: Hanya calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk temu duga yang dilaksanakan secara bersemuka atau dalam talian.
  • UKF: Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Proses Saringan Pengambilan Calon Guru IPGM

Rayuan IPG dan Cara Membuat Rayuan

Calon yang tidak berjaya dalam permohonan awal boleh membuat rayuan IPG. Berikut adalah cara buat rayuan IPG:

  1. Semak Keputusan: Pastikan anda telah menyemak keputusan permohonan dan memahami alasan kegagalan.
  2. Sediakan Dokumen: Kumpulkan dokumen sokongan seperti sijil akademik dan aktiviti kokurikulum.
  3. Tulis Surat Rayuan: Nyatakan alasan dan motivasi anda untuk memohon semula dengan jelas dan terperinci.
  4. Hantar Permohonan Rayuan: Serahkan surat rayuan beserta dokumen sokongan kepada pihak IPG melalui saluran yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara buat rayuan IPG, sila rujuk laman web IPG atau hubungi pihak berkenaan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2024 menawarkan peluang yang baik untuk mereka yang berminat menjadi guru. Pastikan anda memenuhi semua syarat dan tarikh penting untuk meningkatkan peluang anda diterima dalam program ini.

Kerja Kosong Dalam Bidang Pendidikan

Sertai Komuniti Maukerja Disini Untuk Berkongsi Peluang, Idea Atau Tanya Apa-Apa Soalan Mengenai Kerja!

Forum Maukerja