Cara Kiraan OT Pekerja Shift Beserta Contoh Kiraan
# Pengetahuan Pekerja

Cara Kiraan OT Pekerja Shift Beserta Contoh Kiraan

post by Ani

by Ani

Oct 23, 2024
at 9:14 AM

Cara Kiraan OT Pekerja Shift Beserta Contoh Kiraan

Kerja lebih masa atau overtime (OT) merupakan topik yang sering dibincangkan, terutamanya oleh pekerja shift di Malaysia. Ini kerana OT membolehkan pekerja mendapatkan bayaran tambahan apabila mereka bekerja melebihi waktu kerja yang ditetapkan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan maksud OT, cara kiraan OT bagi pekerja shift, dan memberikan contoh yang mudah difahami.

Maksud OT (Overtime)

Secara asasnya, OT merujuk kepada masa bekerja tambahan yang melebihi waktu kerja normal yang ditetapkan dalam jadual harian atau mingguan. Di Malaysia, OT dikawal oleh Akta Kerja 1955, di mana pekerja berhak mendapat bayaran OT jika mereka bekerja lebih masa, bergantung kepada kadar yang telah ditetapkan.

Kerja Kosong

Apa Itu Pekerja Shift?

Pekerja shift adalah mereka yang bekerja mengikut jadual yang bergilir-gilir, di mana waktu kerja mereka berbeza dengan waktu kerja biasa yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kerja shift ini biasanya melibatkan sektor seperti kilang, hospital, atau perkhidmatan pelanggan, di mana operasi berlangsung 24 jam.

Menurut Akta Kerja 1955, pekerja shift juga dilindungi dan berhak mendapat bayaran OT, sama seperti pekerja dengan jadual kerja normal. Malah, pekerja shift dibenarkan untuk bekerja lebih dari 8 jam sehari, asalkan purata waktu bekerja dalam tempoh 3 minggu tidak melebihi 45 jam seminggu.

Cara Kiraan OT Pekerja Shift

Untuk memahami pengiraan OT, adalah penting untuk mengetahui kadar bayaran OT bagi hari kerja biasa, hari rehat, dan cuti umum:

  • Hari biasa: 1.5 kali gaji biasa
  • Hari rehat: 2.0 kali gaji biasa
  • Hari cuti umum: 3.0 kali gaji biasa

Namun, untuk mengira OT, anda perlu tahu dua perkara asas:

  1. Ordinary Rate Pay (ORP): Kadar bayaran harian.
  2. Hourly Rate Pay (HRP): Kadar bayaran per jam.

Formula Pengiraan OT:

  • Ordinary Rate Pay (ORP): Gaji Bulanan ÷ 26 = ORP
  • Hourly Rate Pay (HRP): ORP ÷ Jam Kerja Sehari=HRP
  • Kiraan OT: HRP × Jam Kerja OT × Jenis Kadar OT = Jumlah Bayaran OT

Contoh Kiraan OT

Mari kita lihat contoh pengiraan OT bagi pekerja shift bernama Amirul, yang bekerja sebagai Operator Kilang. Dia menerima gaji bulanan sebanyak RM3,200, bekerja selama 8 jam sehari dari Isnin hingga Sabtu. Pada bulan Oktober, Amirul bekerja OT selama 2 jam pada hari biasa (Isnin), 3 jam pada hari rehat (Ahad), dan 4 jam pada hari cuti umum (Hari Malaysia).

Pengiraan OT Amirul:

  1. Ordinary Rate Pay (ORP)RM3,200 ÷ 26 = RM123.08
  2. Hourly Rate Pay (HRP)RM123.08 ÷ 8 = RM15.39
  3. OT untuk Hari Biasa (2 jam): RM15.39 × 2 ×1.5 = RM46.17
  4. OT untuk Hari Rehat (3 jam): RM15.39 × 3 × 2.0 = RM92.34
  5. OT untuk Hari Cuti Umum (4 jam): RM15.39 × 4 × 3.0 =  RM184.68

Jumlah OT yang Amirul terima pada bulan tersebut adalah:

RM46.17 + RM92.34 + RM184.68 = RM323.19

Kesimpulan

Kesimpulannya, OT memberikan peluang kepada pekerja shift untuk memperoleh pendapatan tambahan. Dengan memahami cara kiraan OT yang betul, anda dapat memastikan bahawa anda dibayar dengan adil atas kerja tambahan yang anda lakukan.

Sekiranya anda nak ketahui purata gaji yang anda patut dapat anda bolehlah gunakan Salary Checker di MauKerja. Jom, check purata gaji anda disini!

Salary Checker