

by Ani
Kadang-kadang, kerja boleh jadi bosan bila suasana terlalu sunyi atau terlalu bising. Di sinilah muzik boleh jadi penyelamat untuk awak! Lagu santai bukan saja membantu tingkatkan fokus, malah boleh kurangkan tekanan di tempat kerja dan buat kerja rasa lebih enjoy. Tapi ingat, tak semua lagu sesuai ye. Lagu yang terlalu rancak boleh ganggu fokus dan yang terlalu perlahan pula mungkin buat awak rasa mengantuk.
So, jangan risau sebab artikel ini kongsikan senarai lagu santai buat kerja, tips pilih muzik yang sesuai dan cara muzik boleh bantu tingkatkan produktiviti awak.
Sebelum kita terus kepada senarai lagu, jom faham dulu kenapa muzik boleh jadi game-changer untuk suasana kerja awak:
Muzik instrumental atau tanpa lirik boleh bantu awak kekal fokus. Beat yang steady membantu awak masuk ke dalam flow state tu, iaitu keadaan di mana awak fokus sepenuhnya pada kerja.
Bila stress dengan deadline atau beban kerja, lagu santai boleh jadi terapi untuk tenangkan fikiran awak yang tengah bercelaru tu.
Lagu dengan vibe yang ceria boleh tingkatkan semangat awak, walaupun kerja bertimbun!
Baca Juga: Amalkan 4 Cara Ini Untuk Kekal ‘Enjoy’ Dengan Pekerjaan Anda
Kalau kerja awka melibatkan membaca atau menulis, lagu berlirik boleh mengganggu tumpuan. Sebaiknya pilih muzik instrumental, lo-fi, jazz, atau klasik.

Setiap tugas ada muzik yang lebih sesuai:
Volume muzik yang terlalu kuat boleh jadi gangguan untuk awak. Pastikan ia cukup perlahan untuk jadi latar belakang saja.

Genre ini terkenal kerana vibe chill dan beat steady, sesuai untuk tingkatkan fokus.
Jazz tanpa lirik mencipta suasana santai yang tidak terlalu perlahan.
Pilihan klasik untuk kerja yang memerlukan ketelitian dan fokus tinggi.
Kalau awak suka muzik dengan sedikit vokal yang santai, genre ini sesuai.
Kalau tak nak pening kepala pilih lagu, cuba playlist ni:
Baca Juga: Kerja Asyik Tak Siap? Asah Skill Time Management Korang Melalui 6 Langkah Ini
Muzik memberi kesan positif kepada otak dengan merangsang pelepasan hormon feel-good seperti dopamine. Selain itu, ia juga:
Lagu dengan tempo perlahan membantu tubuh relaks dan kurangkan rasa tegang.
Lagu upbeat boleh beri semangat baru, terutamanya bila awka rasa penat.
Bekerja dengan lagu latar buatkan suasana jadi kurang bosan, terutama untuk kerja rutin.
Dengan senarai lagu santai di atas, awak boleh cipta suasana kerja yang lebih produktif dan menyenangkan. Sama ada anda peminat lo-fi, jazz, atau muzik klasik, yang penting pilih lagu yang sesuai dengan gaya kerja awak.
Oh ya, kalau awak tengah stress cari kerja baru atau nak upgrade kerjaya, boleh la mohon peluang kerja di Maukerja. Siapa tahu, kerja impian awak ada di sini!
Boleh! Tapi pastikan lagu tak ganggu fokus, seperti muzik instrumental.
Lo-fi, jazz, dan muzik klasik biasanya disarankan kerana tempo yang steady.
Kalau kerja anda tak melibatkan banyak membaca atau menulis, lagu berlirik boleh jadi motivasi.
Tidak semestinya. Sesetengah orang lebih fokus dalam suasana sunyi.
Cuba playlist Focus Flow di Spotify atau saluran Lofi Girl di YouTube.