Maksud Intern & Kenapa Majikan Suka Sangat Ambil Intern?
# Pengetahuan Pekerja

Maksud Intern & Kenapa Majikan Suka Sangat Ambil Intern?

post by Ani

by Ani

Jul 8, 2025
at 2:39 PM

Maksud Intern & Kenapa Majikan Suka Sangat Ambil Intern?

Bila awak dengar perkataan "intern", apa yang terlintas dalam fikiran? Mungkin awak bayangkan seorang pelajar yang sibuk belajar selok-belok kerja sebenar di syarikat. Tapi sebenarnya, maksud intern lebih besar daripada itu. Dalam dunia kerja hari ini, intern bukan sekadar budak praktikal tetapi mereka adalah pelaburan masa depan untuk syarikat.

Dalam artikel ini, kita akan kupas maksud intern dengan lebih mendalam, kenapa majikan sangat suka ambil intern, dan kenapa awak sebagai pelajar atau pencari kerja perlu ambil peluang internship ini sebaik mungkin.

Apa Itu Intern? Ini Maksud Sebenar Latihan Industri

Intern merujuk kepada seseorang biasanya pelajar universiti atau kolej yang menjalani latihan industri di sesebuah syarikat untuk tempoh tertentu. Latihan ini adalah sebahagian daripada keperluan akademik, tapi ia juga satu peluang keemasan untuk belajar cara kerja sebenar.

Maksud intern dalam konteks Malaysia:

  • Latihan industri wajib untuk pelajar IPTA/IPTS.
  • Tempoh latihan biasanya antara 3 hingga 6 bulan.
  • Intern bukan pekerja tetap, tapi berperanan penting dalam operasi harian.
  • Ada yang dibayar elaun, ada juga yang tidak dibayar.

Latihan industri ini sebenarnya titik mula penting dalam kerjaya seseorang. Kalau awak buat intern dengan betul, awak mungkin akan "di scout" oleh syarikat tu untuk jadi pekerja tetap.

Klik sini kalau nak cari tempat internship

Beza Intern, Praktikal & Latihan Industri. Sama Ke?

Ramai yang keliru. Kadang-kadang orang guna istilah "praktikal", kadang-kadang "internship", dan kadang-kadang pula "latihan industri".

Jawapannya: Ya, ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama. Cuma bezanya mungkin dari segi penggunaan:

  • Latihan industri lebih formal, digunakan dalam dokumen akademik.
  • Internship biasanya istilah profesional yang digunakan dalam iklan kerja.
  • Praktikal lebih santai dan biasa digunakan dalam perbualan harian.

Apa pun nama dia, tujuan utama tetap sama bagi peluang kepada pelajar untuk belajar dunia kerja sebenar.

Sebab Kenapa Majikan Suka Ambil Intern

Sebenarnya, intern bukan beban untuk majikan. Malah, ramai majikan rasa intern ni satu aset penting. Kenapa?

1. Tenaga kerja tambahan tanpa kos tinggi

Intern biasanya dibayar elaun, bukan gaji penuh. Jadi dari sudut bajet, ia sangat membantu syarikat yang perlukan bantuan sementara.

2. Latih & pantau bakat baru sejak awal

Majikan boleh groom intern jadi pekerja tetap. Kalau intern tu perform, terus boleh serap tanpa perlu lalui proses hiring panjang.

3. Bawa idea & semangat baru

Intern biasanya datang dengan ilmu terbaru dari universiti. Mereka juga lebih fleksibel, bersemangat, dan rajin belajar.

4. Percepat kerja harian & projek jangka pendek

Intern boleh bantu dalam tugasan-tugasan kecil atau kerja teknikal. Ini bagi ruang kepada staf tetap fokus pada tugas lebih kritikal.

Apa Majikan Cari Bila Ambil Intern? Ini Ciri Yang Dicari

Majikan bukan sekadar nak intern yang pandai. Mereka cari intern yang:

  • Rajin bertanya & ambil tahu
  • Boleh berdikari & selesa adaptasi
  • Ada kemahiran asas (contoh: Microsoft Office, Canva, atau basic editing)
  • Ada attitude positif & senang bekerjasama

Kalau awak ada semua ni, besar kemungkinan majikan akan pertimbangkan untuk ambil awak jadi intern, dan siapa tahu... terus kerja tetap!

Intern Dibayar Atau Tak? Ini Realitinya Di Malaysia

Soalan ni memang selalu orang tanya: "Intern ni dapat gaji ke?"

Jawapannya: Tergantung pada polisi syarikat.

  • Ada syarikat besar yang beri elaun sehingga RM1,000 sebulan.
  • Ada juga yang bagi RM300-RM500.
  • Tapi masih banyak syarikat (terutamanya SME) yang tidak beri elaun langsung.

Walaupun tak semua intern dibayar, pengalaman yang awak dapat sangat bernilai. Dan kalau awak perform, peluang untuk dapat kerja tetap lebih cerah.

Patut Ke Apply Intern Kat Syarikat Kecil? Ini Pro & Kon

Syarikat kecil (SME) pun ada banyak kelebihan bila awak buat intern kat sana:

Kelebihan:

  • Peluang belajar banyak perkara sebab team kecil.
  • Senang rapat dengan semua orang termasuk bos.
  • Suasana kerja lebih fleksibel.

Kekurangan:

  • Mungkin tiada sistem yang tersusun.
  • Skop kerja kadang-kadang terlalu luas.

Tapi kalau awak jenis yang suka belajar hands-on dan mahu cabaran, intern kat SME memang sesuai untuk awak.

Internship Boleh Jadi ‘Gate’ Dapat Kerja Tetap, Betul Ke?

Jawapannya: Ya, betul!

Ramai majikan guna internship sebagai "test period". Kalau intern tu bagus, cukup syarat, dan sesuai dengan budaya kerja syarikat terus dapat tawaran kerja tetap. Banyak kes juga pelajar intern yang tak perlu cari kerja lepas tamat belajar, sebab syarikat terus tawarkan kerja.

Jadi internship bukan sekadar belajar tetapi ia boleh jadi peluang hidup awak berubah 100%.

Kesimpulan: Internship Bukan Sekadar Praktikal, Tapi Peluang Masa Depan

Intern bukan kerja suka-suka. Ia mungkin nampak kecil, tapi impak dia besar dalam hidup seseorang. Majikan pula tahu, bila mereka ambil intern, mereka sedang bina generasi pekerja masa depan.

Kalau awak sedang cari tempat intern, atau nak sambung kerja lepas intern, jangan buang masa scroll satu-satu iklan kerja.

Gunakan saja platform "Drop Resume" di Maukerja!

Drop resume

Mudah, cepat & terus matching dengan kerja yang sesuai dengan minat dan bidang awak. Tak perlu lagi pening apply satu-satu. Jom mula sekarang!

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa lama tempoh internship biasanya berlangsung?

Kebanyakan internship berlangsung antara 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada keperluan institusi dan syarikat.

2. Adakah intern wajib diberi elaun?

Tidak wajib, tapi amat digalakkan. Ada syarikat beri elaun sebagai insentif dan penghargaan kepada intern.

3. Bolehkah intern diberhentikan lebih awal?

Boleh, jika ada isu disiplin atau prestasi yang sangat rendah. Tapi kebiasaannya, syarikat akan bincang terlebih dahulu.

4. Internship boleh dimasukkan dalam resume ke?

Ya! Malah internship adalah antara pengalaman penting yang majikan lihat pada resume.

5. Bagaimana cara nak mohon tempat intern dengan mudah?

Awak boleh guna platform Maukerja dan klik "Drop Resume" untuk dapatkan padanan kerja yang sesuai dengan profil awak.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: