

by Ani
Pernah tak masa tengah kerja, tiba-tiba terfikir, "Eh… selamat ke tempat kerja aku ni sebenarnya?" Ramai antara kita rasa tempat kerja tu okey je, tapi hakikatnya ada banyak hazard tersembunyi yang kita tak perasan langsung.
Kadang-kadang kita ingat hazard tu cuma benda macam jatuh tangga atau kena mesin je. Tapi sebenarnya, bahaya kat tempat kerja ni datang dalam macam-macam bentuk. Ada yang kita boleh nampak, ada yang senyap-senyap makan dalam. Dalam artikel ni, kita akan bongkar 5 contoh hazard di tempat kerja yang patut semua pekerja tahu. Yang nombor 5 tu confirm akan buat ramai terdiam kejap.
Hazard ialah sebarang situasi, bahan atau aktiviti di tempat kerja yang boleh mengakibatkan kecederaan, kemalangan, penyakit, atau kesan buruk kepada kesihatan pekerja.
Hazard bukan semata-mata benda yang "nampak bahaya", tapi termasuk juga bahaya yang tak disedari, yang secara senyap-senyap boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kita.
Hazard ni ada banyak jenis, tapi secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima kategori utama:
Setiap jenis hazard ni boleh bagi kesan berbeza kat pekerja, tapi semuanya berisiko jika tak dikawal.

Antara hazard yang paling jelas dan senang dikenal pasti ialah hazard fizikal. Ini termasuk:
Contoh realistik: Ada kes pekerja terjatuh sebab terpijak kotak yang diletak di laluan utama. Simple, tapi boleh sebabkan kecederaan serius.
Nak cari kerja? Jom, klik je sini untuk apply kerja kosong dengan hanya drop 1 resume anda
Hazard kimia bukan saja berlaku kat kilang. Kat pejabat pun ada!
Pendedahan berulang kepada bahan kimia tanpa perlindungan boleh menyebabkan masalah pernafasan, kerengsaan kulit, atau lebih teruk lagi keracunan kronik.
Kita ingat duduk lama tu cuma lenguh, tapi sebenarnya ia satu hazard ergonomik.
Hazard jenis ni perlahan-lahan boleh rosakkan tulang belakang, leher, atau sendi tangan. Lama-lama boleh jadi slip disc atau carpal tunnel!
Yes, ini dia yang ramai tak pernah sedar iaitu hazard psikososial.
Contohnya:
Benda ni tak nampak macam bahaya secara fizikal, tapi impaknya sangat besar. Ramai pekerja jatuh sakit mental sebab stress kat tempat kerja, tapi takut nak bersuara. Kalau dibiarkan, boleh jadi burnout atau depresi.
Tak semestinya anda perlu jadi safety officer untuk detect hazard. Berikut antara langkah mudah:
Kalau anda perasan sesuatu tak normal, besar kemungkinan itu hazard yang perlu diambil tindakan segera.
Kesedaran adalah kunci. Lagi awal kita detect hazard, lagi cepat kita boleh cegah kemalangan dan penyakit.
Hazard bukan benda yang hanya berlaku kat kilang atau tapak bina je. Pejabat pun penuh dengan risiko dari kabel berselirat, sampai ke tekanan emosi yang perlahan-lahan makan diri. Jangan tunggu kena dulu baru nak sedar. Bila kita alert dengan hazard, kita bukan je lindungi diri sendiri, tapi juga rakan sekerja.
Kalau anda rasa tempat kerja sekarang tak selamat atau nak cari suasana kerja yang lebih professional dan ambil berat tentang kebajikan pekerja, jangan tunggu lama-lama. Drop je resume kat Maukerja. Biar sistem bantu carikan kerja sesuai ikut minat dan skill anda. Tak payah apply satu-satu.
Senang, cepat dan tak stress. Rezeki kerja baru yang lebih selamat mungkin bermula dari satu klik tu je.
1. Apa maksud hazard di tempat kerja?
Hazard merujuk kepada sebarang bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan, kemalangan atau masalah kesihatan kepada pekerja.
2. Apa contoh hazard fizikal di tempat kerja?
Contoh termasuk permukaan licin, mesin berat, pencahayaan tak sesuai dan bunyi bising berlebihan.
3. Betul ke duduk lama depan komputer pun boleh jadi hazard?
Ya, itu contoh hazard ergonomik. Postur badan yang salah boleh jejaskan kesihatan tulang dan sendi.
4. Hazard psikososial tu apa?
Ia melibatkan tekanan emosi atau sosial di tempat kerja seperti tekanan kerja melampau, gangguan emosi dan hubungan kerja toksik.
5. Apa tindakan kalau saya rasa tempat kerja saya bahaya?
Laporkan kepada HR atau pegawai keselamatan. Kalau majikan tak ambil tindakan, boleh buat aduan ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Pekerjaan Terkenal: