

by Ani
Ghosting dalam dunia kerja berlaku apabila calon dah hadiri interview tapi tidak menerima sebarang maklum balas daripada majikan. Tiada e-mel, tiada panggilan, malah tiada sebarang pengesahan sama ada berjaya atau tidak.
Situasi ni sering berlaku dalam pasaran kerja Malaysia, terutamanya dalam bidang seperti pentadbiran, perkhidmatan pelanggan dan pekerjaan sambilan. Calon yang baru graduasi juga merupakan golongan paling kerap mengalami ghosting.
Kenapa ghosting berlaku?
Baca Juga: 10 Langkah Penting Perlu Tahu Sebelum Interview
Walaupun kita tak boleh kawal keputusan majikan, ada beberapa petanda awal yang boleh dijadikan isyarat bahawa awak mungkin akan dighosting:
Jika awak perasan tanda-tanda ini, lebih baik bersiap sedia dan jangan tunggu jawapan terlalu lama.
Berikut ialah panduan praktikal yang boleh bantu awak elakkan ghosting, dan dalam masa yang sama kekal profesional serta menyerlah sebagai calon yang berpotensi.
Contoh soalan:
Soalan seperti ini menunjukkan awak serius dan faham proses temuduga. Majikan juga lebih berasa bertanggungjawab untuk memberi maklum balas.
Langkah ini sangat penting. E-mel susulan bukan sahaja menunjukkan inisiatif, malah mengingatkan majikan tentang minat awak terhadap jawatan tersebut.
Contoh ringkas:
Subject: Terima Kasih Atas Peluang Temuduga – [Nama Jawatan]
Salam sejahtera,
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang temuduga yang diberikan pada [tarikh]. Saya sangat berminat dengan peluang di [Nama Syarikat] dan berharap mendapat maklum balas lanjut.
Sekian, terima kasih.
Contoh ayat follow-up yang sopan:
Saya [Nama Anda], calon temuduga pada [Tarikh] untuk jawatan [Jawatan]. Saya ingin membuat susulan jika ada perkembangan terkini. Saya masih sangat berminat untuk menyertai syarikat Tuan/Puan dan sedia memberikan komitmen.
Pastikan nada e-mel tidak terlalu mendesak atau terlalu formal. Cukup mesra dan jelas.
Kalau awak masih guna cara lama, apply kerja satu-satu secara manual, memang susah nak jejak semua permohonan. Sebaliknya, guna sistem seperti Drop Resume Maukerja untuk mohon pelbagai kerja sekaligus secara automatik.
Permohonan lebih teratur, dan awak tak akan terlepas sebarang peluang. Hantar resume sekali, dan tunggu peluang yang padan datang kepada awak. Hantar resume di sini
Contohnya, Maukerja ada sistem makluman automatik. Awak boleh tengok status permohonan sama ada shortlisted, pending atau tidak berjaya. Ia bantu kurangkan ketidakpastian dan rasa tertunggu-tunggu.
Sebaik habis temuduga, catat maklumat berikut:
Langkah ini penting untuk rujukan semasa follow up.
Ramai calon berhenti mencari kerja selepas satu temuduga, sedangkan peluang lain masih terbuka. Jangan letakkan harapan pada satu syarikat sahaja. Lebih banyak permohonan dihantar, lebih tinggi peluang untuk dapat kerja.
Kena ghosting selepas temuduga memang menyakitkan hati. Tapi itu bukan penamat, malah boleh jadi permulaan kepada strategi yang lebih baik. Awak layak untuk dapat maklum balas yang jelas, dan awak juga berhak untuk mohon kerja dengan cara yang lebih pintar.
Jika awak dah penat asyik kena ghosting dan nak cari kerja dengan cara yang lebih mudah dan pantas, ini dua langkah paling penting:
Satu resume, banyak peluang. Tak perlu apply satu-satu.
AI Job Matcher akan bantu awak cari kerja yang paling padan dengan kebolehan dan minat. Hanya isi maklumat dan biar sistem bantu buat kerja.
Jangan tunggu sampai kena ghosting kali kedua baru nak bertindak. Rezeki kerja ada di mana-mana. Awak cuma perlu buka satu pintu untuk jumpa peluang yang sesuai.
Kebiasaannya antara 3 hingga 14 hari. Jika lebih dua minggu tanpa sebarang maklum balas, anda boleh hantar e-mel susulan secara sopan.
Boleh, tetapi pastikan ada jarak masa sekurang-kurangnya seminggu antara setiap follow-up. Jangan terlalu kerap kerana ia boleh memberi gambaran terdesak.
Ghosting boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tak kira berapa banyak pengalaman kerja. Namun, fresh graduate lebih terdedah kerana mereka baru pertama kali melalui proses ini.
Tidak berjaya = awak dimaklumkan.
Ghosting = tiada sebarang respons atau maklum balas langsung.
Awak hanya perlu muat naik satu resume di Maukerja, dan sistem akan bantu padankan dengan jawatan yang sesuai. Awak tak perlu hantar satu-satu permohonan. Lebih cepat dan mudah.