

by Ani
Fuh… perit, kan? Rasa macam dah jawab semua soalan dengan yakin masa interview, senyum tak lekang, baju pun dah smart habis tapi tetap tak dapat panggilan kedua. Kenapa agaknya?
Kalau awak pun pernah alami situasi ni, awak tak sorang. Ramai sebenarnya yang gagal dalam interview bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu "unspoken rules" atau tips-tips yang HR dan hiring manager takkan bagitahu depan-depan. Dalam artikel ni, kita akan bongkar rahsia tips interview kerja yang majikan tak pernah bagitahu, supaya awak boleh lebih bersedia, lebih yakin, dan akhirnya dapat kerja yang awak nak.
Sebelum kita masuk tips rahsia tu, jom kita faham dulu kenapa ramai calon gagal dalam interview walaupun mereka qualified?
Antara sebab utama:
So sekarang, kita go deep dengan tips yang memang jarang orang kongsi tapi boleh jadi game changer untuk interview kerja awak.
Baca Juga: 10 Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya & Cara Jawab!
Kadang-kadang bukan jawapan kita yang silap, tapi cara penyampaian. Nada suara, eye contact, dan ekspresi muka main peranan besar. Kalau awak jawab terlalu laju atau nampak teragak-agak, HR akan rasa awak tak yakin.
Tips:
Berlatih dengan kawan atau depan cermin. Record jawapan awak dan tengok balik ekspresi, nada dan bahasa badan. Macam cringe sikit, tapi sangat membantu.
Ramai calon bagi jawapan klise masa interview, contohnya:
“Saya seorang yang berdedikasi, komited dan boleh kerja dalam kumpulan.”
Masalahnya, semua orang pun guna ayat ni!
Tips:
Guna teknik STAR (Situation, Task, Action, Result) bila jawab soalan. Ceritakan situasi sebenar, bukan sekadar ayat cantik. Lagi real jawapan awak, lagi tinggi peluang diingati oleh interviewer.
Awak mungkin ada CGPA 3.8 atau pengalaman kerja 5 tahun, tapi kalau attitude tak kena memang bye bye.
Tips:
Tunjukkan nilai macam tanggungjawab, jujur, sanggup belajar, dan boleh bawa impak positif. Ceritakan contoh waktu awak selesaikan masalah atau bantu pasukan atasi cabaran.
Kalau awak masuk interview tanpa tahu misi, visi atau latar belakang syarikat tu memang nampak macam datang sekadar mencuba nasib.
Tips:
Google syarikat tu sebelum interview. Semak LinkedIn mereka, media sosial, dan baca review di Glassdoor atau Jobstreet. Bila HR tanya, awak boleh kaitkan jawapan dengan budaya dan nilai syarikat tu.
Ramai calon tak tanya apa-apa bila HR tanya “Ada soalan tak?”. Ini silap besar! Nampak macam tak minat dan tak curious.
Tips:
Tanya soalan yang menunjukkan awak berfikir jauh, contoh:
Yakin itu bagus tapi overconfident boleh nampak macam sombong. Interview bukan tempat untuk tunjuk siapa paling hebat tapi siapa paling sesuai.
Tips:
Bila jawab soalan, sentiasa kaitkan dengan team dan impak positif kepada syarikat. Tunjukkan awak bukan sekadar nak naik pangkat, tapi nak bantu organisasi berkembang.
Part gaji selalu awkward, kan? Tapi ini sebenarnya masa terbaik untuk tunjuk yang awak tahu nilai diri awak.
Tips:
Kalau ditanya, jangan jawab “Saya ikut je” atau “Apa-apa pun boleh”. Sebaliknya, beri range yang sesuai ikut pengalaman & pasaran semasa. Contoh:
“Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini dan skop kerja yang diterangkan, saya rasa gaji dalam lingkungan RMX,XXX hingga RMY,YYY adalah sesuai.”
Ramai calon lepas interview terus senyap. Padahal follow up boleh jadi penentu terakhir.
Tips:
Hantar email ringkas ucap terima kasih atas peluang interview, dan ulang komitmen anda untuk menyumbang dalam syarikat. Tapi pastikan tak over. Pastikan simple, ikhlas, dan tulus.
Interview bukan medan “uji nasib” tetapi ia medan untuk tunjukkan siapa diri awak yang sebenar. Bila awak datang dengan persediaan, ikhlas, dan tahu apa yang majikan sebenarnya nak, peluang untuk berjaya tu jauh lebih besar.
Kalau awak tengah penat sangat isi satu-satu kerja, pastu kena tunggu reply entah bila... meh sini nak tolong sikit. Guna je fungsi Drop Resume kat Maukerja. Sekali klik je, CV awak boleh sampai kat banyak majikan yang tengah cari calon macam awak! Tak payah stress isi satu-satu. Reward diri sendiri hari ni dengan peluang kerjaya yang lebih cerah.
Pilih pakaian formal yang kemas tapi masih selesa. Lelaki pakai macam kemeja dan slack. Wanita pula pakai blouse dan skirt/pants panjang. Jangan lupa jaga grooming!
Ya, sangat digalakkan! Bawa salinan fizikal resume (minimum 2), kad pengenalan, dan dokumen sokongan lain. Ini tunjuk awak seorang yang bersedia.
Tarik nafas dalam-dalam, minta masa sebentar sebelum jawab. Tak salah kalau ambil masa beberapa saat untuk susun ayat asalkan jawapan awak jelas.
Contohnya, “Kenapa awak nak berhenti kerja lama?”, “Apa kelemahan terbesar awak?”. Majikan nak tengok cara awak urus emosi & refleksi diri, bukan jawapan sempurna.
Kedua-dua perlukan persediaan rapi. Kalau online, pastikan kamera, lighting & background okay. Kalau fizikal, hadir awal & jaga first impression.