

by Ani
Bayangkan situasi ni, awak ambil cuti sehari tanpa gaji. Bila dapat slip gaji, rasa pelik kenapa potongan dia banyak sangat. Pernah alami benda macam ni? Kalau ya, mungkin awak belum tahu cara kira gaji sehari dengan betul. Dan percayalah, ramai pekerja kat Malaysia masih keliru tentang benda ni.
Artikel ni bukan je untuk bantu awak kira gaji sehari, tapi juga nak bantu awak faham hak sendiri sebagai pekerja. So kalau nak elak diri daripada kena potong gaji lebih, atau nak pastikan awak dapat bayaran kerja lebih masa (OT) yang tepat, jom baca sampai habis.
Dalam dunia kerja, setiap sen gaji tu bermakna. Bila awak tahu cara nak kira gaji sendiri, awak:
Pendek kata, awak lebih yakin dan tahu hak sebagai pekerja.
Okay, sekarang kita masuk bab kira-kira. Formula asas gaji sehari adalah:
Gaji Bulanan ÷ 26 Hari
Kenapa 26 hari? Sebab ikut standard pengiraan di Malaysia, purata hari kerja sebulan ialah 26 hari (tolak hari cuti mingguan dan cuti umum).
Contoh:
Gaji bulanan awak RM2,600
RM2,600 ÷ 26 = RM100/sehari
So kalau awak ambil unpaid leave sehari, potongannya adalah RM100.
Nak lagi jelas? Jom tengok contoh untuk beberapa kadar gaji yang biasa:
| Gaji Bulanan | Gaji Sehari (RM) |
|---|---|
| RM1,500 | RM57.70 |
| RM2,000 | RM76.90 |
| RM2,500 | RM96.15 |
| RM3,000 | RM115.40 |
Makin tinggi gaji, makin besar nilai sehari. So memang penting untuk tahu bila ada situasi potongan gaji atau OT.
Kalau awak kerja part time, pengiraan gaji biasanya ikut jam kerja, bukan hari. So formula dia sikit berbeza.
Gaji sejam = Gaji bulanan ÷ (26 hari x jam kerja sehari)
Contoh:
RM2,600 ÷ (26 x 8) = RM12.50/jam
So kalau awak kerja 4 jam:
RM12.50 x 4 = RM50/sehari
Ni antara situasi sebenar yang selalu jadi kat tempat kerja:
Kalau awak tahu kiraan, senang nak tahu gaji kena potong berapa atau nak tuntut bayaran OT dengan tepat.
Baca Juga: Cara Kira OT, Ini Cara Senang Untuk Pekerja Faham Dan Kira
Ni part ramai orang silap: dia ingat gaji sehari sama dengan kadar OT. Salah tu!
Kadar OT ikut Akta Kerja 1955:
Contoh:
Gaji sejam = RM12.50
OT hari biasa:
RM12.50 x 1.5 = RM18.75 sejam
So OT memang lebih tinggi daripada kadar biasa, dan penting untuk majikan ikut kiraan betul.
Pelik tengok slip gaji? Potongan cuti banyak sangat? Kalau majikan kira gaji ikut 30 hari instead of 26 hari, awak dah rugi.
Contoh:
Rugi RM13.30 sehari! Kalau 3 hari unpaid leave, awak dah rugi hampir RM40.
Kalau berlaku macam ni:
Tak nak pening kira manual? Guna je kalkulator online!
Beberapa cadangan tools:
Dengan tools ni, awak boleh check kiraan dengan mudah dan cepat.
Kadang kita rasa benda ni remeh. Tapi bila dah nampak beza angka dan tahu hak sendiri, baru kita sedar betapa pentingnya ilmu kira gaji ni.
Kalau sekarang pun awak rasa gaji tak setimpal atau majikan suka kira ikut suka hati, mungkin dah sampai masa cari peluang kerja yang lebih telus dan adil.
Dah penat kira gaji sendiri sebab majikan tak telus? Senang je. Sekarang awak boleh terus drop resume dekat Maukerja dan sistem akan matchkan awak dengan kerja yang sesuai. Jadi dah tak payah apply satu-satu lagi!
Tekan sini untuk Drop Resume Sekarang. Mudah, cepat, dan paling penting... awak tak bazir masa lagi. Kerja cari awak, bukan sebaliknya.
Sebab 26 hari adalah purata jumlah hari bekerja dalam sebulan (tolak hujung minggu dan cuti umum).
Guna formula: Gaji Bulanan ÷ (26 hari x jam kerja). Atau ikut kadar bayaran sejam jika majikan dah tetap.
Tak sama. Gaji OT dikira berdasarkan kadar sejam dan bergantung pada hari (1.5x, 2x, 3x kadar biasa).
Tak. Kerja part-time biasanya dikira ikut jam kerja, bukan formula harian.
Boleh berbincang dulu dengan HR, simpan bukti dan kalau perlu, buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Pekerjaan Terkenal: