Bila Masa Sesuai Untuk Lompat Kerja? Ini Petanda Dah Sampai Masanya!
# Pengetahuan Pekerja

Bila Masa Sesuai Untuk Lompat Kerja? Ini Petanda Dah Sampai Masanya!

post by Ani

by Ani

Aug 4, 2025
at 4:36 PM

Bila Masa Sesuai Untuk Lompat Kerja? Ini Petanda Dah Sampai Masanya!

Awak pernah tak rasa setiap hari pergi kerja tu macam satu beban? Atau awak rasa macam tak berkembang langsung walaupun dah bertahun kerja kat tempat yang sama? Kalau ya... mungkin dah sampai masa untuk lompat kerja.

Dalam dunia kerjaya sekarang ni, terutama tahun 2025, lompat kerja bukan lagi satu benda yang dipandang serong. Malah, ramai recruiter kat Malaysia makin terbuka dan faham bahawa kadang-kadang, kita kena keluar dari zon selesa untuk berkembang. Tapi... bila sebenarnya masa yang sesuai untuk buat keputusan besar tu?

Kalau awak tengah cari jawapan, jom baca sampai habis. Artikel ni akan bantu awak kenal pasti petanda dah patut tukar kerja, kenapa ia penting, dan paling best... kita akan bagi jalan keluar yang lebih mudah untuk awak cari kerja yang match dengan skill awak.


Apa Maksud Sebenar 'Lompat Kerja'?

'Lompat kerja' atau dalam bahasa glamournya "job hopping" bermaksud berpindah dari satu tempat kerja ke tempat kerja lain dalam tempoh masa yang agak singkat—biasanya dalam 1 ke 3 tahun.

Tapi kenapa makin ramai yang lompat kerja?

  • Gaji tak naik-naik
  • Kerja makin banyak, tapi penghargaan tak seberapa
  • Tiada peluang naik pangkat
  • Bos toksik atau tempat kerja tak sihat

Lompat kerja bukan bermaksud tak setia. Ia kadangkala tanda kita tahu nilai diri dan taknak stuck kat tempat yang tak menghargai.


Tanda-Tanda Dah Sampai Masa Untuk Lompat Kerja

1. Rasa Burnout Tapi Tak Dapat Sokongan

Rasa letih sepanjang masa, tapi bila suarakan pada atasan, awak dianggap "mengada-ngada" atau "tak cukup kuat".

2. Gaji Stagnant Bertahun-Tahun

Bila awak compare dengan kawan-kawan, semua dah dapat increment tapi gaji awak masih sama macam masa first day kerja. Aduhai.

3. Tak Ada Peluang Belajar Benda Baru

Setiap hari ulang rutin yang sama. Skill baru? Zero. Kursus? Tak pernah ditawarkan.

4. Bos Tak Peduli Perkembangan Awak

Macam mana nak maju kalau bos sendiri tak peduli pasal growth awak? Bila performance review pun tak ada, red flag sangat tu.

5. Tempat Kerja Toksik

Politik pejabat, gosip, environment tak sihat... lama-lama boleh makan emosi dan mental.

6. Awak Rasa Macam Tak Dihargai

Walaupun kerja keras, tapi tak pernah dapat recognition. Lama-lama boleh rasa "kenapa aku masih kat sini?"


Berapa Lama Patut Tunggu Sebelum Tukar Kerja?

Ni antara soalan yang selalu orang tanya.

Kalau awak:

  • Dah kerja lebih 1-2 tahun dan semua faktor kat atas kena kat batang hidung awak,
  • Tak nampak hala tuju atau masa depan,
  • Dan rasa kerja tu bukan lagi buat awak rasa hidup...

...itu signal besar untuk mula cari peluang lain.

Tapi, jangan lompat ikut emosi. Plan dulu. Cari kerja baru, baru hantar notis.


Lompat Kerja Naikkan Gaji? Jom Tengok Realitinya

Ramai yang lompat kerja dan berjaya naikkan gaji 20% hingga 40%! Tapi bergantung juga pada:

  • Industri
  • Jawatan baru
  • Skill yang awak bawa

Di Malaysia, trend ni dah jadi normal. Banyak syarikat sanggup bayar lebih untuk tarik talent daripada pesaing.


Bila Masa Terbaik Cari Kerja Baru Di Malaysia?

Tak semua waktu sesuai untuk cari kerja. Tapi berdasarkan trend:

  • Awal Tahun (Jan - Mac): Banyak hiring lepas bajet baru approve
  • Lepas Raya (Jun - Julai): Ramai kosong sebab pekerja lain resign
  • Hujung Tahun (Okt - Dis): Ada syarikat ready untuk new hire untuk tahun depan

Tips Lompat Kerja Dengan Bijak

  1. Update Resume & LinkedIn – Highlight achievement, bukan sekadar tugas harian
  2. Gunakan Platform Job Search Yang Tepat – Macam Maukerja
  3. Guna AI Job Matcher – Nak tahu kerja apa yang sesuai dengan skill awak? Guna tool ni
  4. Jangan Resign Sebelum Ada Tawaran Baru – Always play safe
  5. Rancang Exit Strategy – Beri notis elok, jaga hubungan baik

Jangan Takut Untuk Gerak, Awak Layak Dapat Lebih

Ramai pekerja kat Malaysia terperangkap dengan rasa takut..takut bos marah, takut HR blacklist, takut tak dapat kerja lain. Tapi ingat, awak bukan pokok. Kalau tak suka tempat sekarang, bergeraklah.

Hidup ni sekali je. Kalau tempat kerja sekarang dah tak bagi ruang untuk awak berkembang, jangan rasa bersalah untuk cari yang lebih baik.


Kesimpulan: Awak Rasa Benda Ni Kena Kat Awak? Mungkin Dah Sampai Masa

Kalau dari awal artikel tadi sampai sekarang awak angguk-angguk kepala, besar kemungkinan awak dah sampai "masa tu".

Tak perlu lompat kerja secara semberono. Tapi tolong jangan abaikan red flag yang awak sendiri rasa. Awak layak dapat kerja yang bukan je bayar gaji, tapi bagi awak semangat, motivasi dan ruang berkembang.

Rasa kerja sekarang tak lagi buat awak bahagia? Mungkin ini masa terbaik untuk explore kerja yang lebih sesuai dengan passion & kemahiran awak. Jangan pening fikir kerja apa yang sesuai. Guna je AI Job Matcher dari Maukerja...tool yang bantu padankan kerja terbaik ikut pengalaman & minat awak. Klik je sekarang > Guna AI Job Matcher Sekarang. Cepat, percuma & tepat. Macam reward untuk diri sendiri!

1. Adakah lompat kerja terlalu kerap akan nampak buruk di resume?
Tak semestinya. Yang penting, awak kena tunjuk ada perkembangan atau reason kukuh setiap kali tukar kerja.

2. Berapa tahun patut stay sebelum tukar kerja?
Idealnya 1-2 tahun, tapi bergantung kepada situasi. Kalau tempat tu toksik, tak perlu tunggu lama.

3. Bila waktu terbaik untuk cari kerja baru?
Awal tahun, lepas musim perayaan dan hujung tahun biasanya waktu majikan aktif hiring.

4. Apa risiko lompat kerja tanpa perancangan?
Mungkin ambil masa lama untuk dapat kerja baru, tekanan kewangan atau reputasi buruk kalau resign mengejut.

5. Macam mana nak tahu kerja baru tu lebih baik dari kerja sekarang?
Buat research, baca review syarikat, tengok culture dan bandingkan benefit serta peluang naik pangkat.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal: