

by Ani
Kalau kita buka cerita pasal lompat kerja atau job hopping, confirm ramai akan terus teringat kawan-kawan yang lepas setahun kerja, tiba-tiba dah update LinkedIn, “Excited to start my new role!”
Tapi persoalan yang selalu buat orang terfikir ialah patut ke tukar kerja awal semata-mata sebab tawaran gaji lebih tinggi? Lagi-lagi kalau awak baru setahun di tempat kerja sekarang.
Dalam artikel ni, kita akan kupas habis kenapa ramai orang buat ni, apa pro & kontra, sampai ke tips kira betul-betul sama ada tawaran tu memang berbaloi atau tak supaya awak dapat buat keputusan bijak, bukan ikut emosi semata.
Kalau awak nak tukar kerja untuk gaji lebih tinggi walaupun baru setahun kerja:
Baca Juga: Takut Nak Lompat Kerja? Ini 5 Kelebihan Lompat Kerja Yang Ramai Tak Tahu
Trend kerja sekarang memang dah berubah. Kalau dulu orang sanggup duduk satu tempat sampai pencen, sekarang ramai lebih terbuka tukar kerja demi peluang baru.
Antara sebab utama:
Di Malaysia, data menunjukkan peningkatan pekerja muda (Gen Z & Millennial) tukar kerja selepas setahun disebabkan faktor ekonomi dan inflasi. Jadi, benda ni bukan pelik tapi tetap kena strategi.
Nak cari kerja baru? Jom, apply je mana-mana jawatan dekat sini
Gaji memang antara faktor besar, tapi bukan satu-satunya sebab utama. Ramai juga yang keluar sebab:
Awak kena nilai semua faktor ni sebab gaji tinggi takkan bermakna kalau mental awak tertekan setiap hari.
Ya, kalau terlalu kerap. Dalam pasaran kerja Malaysia, HR akan tengok sejarah kerja awak. Kalau setiap kerja tak sampai setahun, ia boleh jadi red flag. Tapi kalau sekali-sekala (dan ada sebab kukuh), ia takkan beri impak besar.
Menurut laporan Mercer 2025, kenaikan gaji purata di Malaysia hanya sekitar 4–6% setahun. Tapi tawaran dari syarikat baru boleh naik 20–40%. Jadi, secara angka memang berbaloi..tapi ingat kena fikirkan dalam pelbagai faktor juga ye.
Majikan akan:
Gunakan formula ringkas:
Gaji baru – (Kos tambahan + Faedah hilang) = Gaji sebenar
Kalau hasilnya masih jauh lebih tinggi, barulah berbaloi.
Tukar kerja untuk gaji lebih tinggi walaupun baru setahun bukan salah tapi ia perlu dibuat dengan kiraan dan strategi. Jangan hanya ikut hati, sebab kerjaya awak ni maraton, bukan sprint.
Kalau awak nak mudahkan proses cari kerja tanpa apply satu-satu, guna je Drop Resume Maukerja. Awak hantar sekali, majikan yang akan datang cari awak. Senang, cepat, dan jimat masa.
Klik sini untuk Drop Resume sekarang. Biar peluang kerja datang kepada awak, bukan awak yang kejar.
1. Tukar kerja selepas setahun akan rosakkan reputasi?
Tak semestinya. Kalau sebabnya kukuh & tawaran memang lebih baik, majikan akan faham.
2. Berapa kenaikan gaji berbaloi untuk lompat kerja?
Biasanya 20–30% ke atas dari gaji sekarang dianggap berbaloi.
3. Patut pilih gaji tinggi atau work-life balance?
Ikut keutamaan awak – tapi kesihatan mental & masa peribadi sama penting.
4. Kalau tawaran gaji tinggi tapi faedah kurang, patut terima?
Kira betul-betul kos & faedah hilang. Kadang gaji tinggi tak bermakna untung bersih.
5. Macam mana nak tahu masa sesuai untuk tukar kerja?
Bila awak dah capai kemahiran tertentu, milestone kerja, dan tawaran memang lebih baik dari segi gaji, faedah & perkembangan kerjaya.
Pekerjaan Terkenal: