

by Ani
Interview kerja ni memang satu moment yang boleh buat jantung berdebar. Fresh graduate rasa nervous, pekerja berpengalaman pun kadang-kadang blur bila HR tanya soalan tricky. Betul tak?
Realitinya, temuduga bukan sekadar HR nak test awak hafal fakta. Ia tentang cara awak yakinkan majikan yang awak memang calon terbaik. Sebab tu, artikel ni special untuk awak, All in One Guide siap dengan tips, contoh soalan & jawapan, plus checklist lengkap supaya awak masuk interview dengan penuh yakin.
Kalau awak pernah rasa “Alamak, apa soalan yang dia nak tanya nanti?”, teruskan baca sampai habis sebab kita akan kupas semua, dari A sampai Z.
Interview kerja ialah pintu masuk kerjaya. Resume memang boleh buat awak shortlisted, tapi interview yang tentukan sama ada awak diterima atau tak. Majikan nak lihat:
Maksudnya, walaupun awak ada kelulusan tinggi, kalau tak boleh jawab dengan baik, peluang tu boleh terlepas. Sebab tu, preparation is EVERYTHING.
Zaman sekarang ni, interview kerja dah banyak berubah. Ada yang online, ada hybrid, ada face to face. Jadi, preparation kena ikut trend.
Checklist ni nampak simple, tapi inilah benda kecil yang selalu candidate terlepas pandang.
HR biasanya ada pattern soalan. Awak boleh prepare awal-awal dengan contoh ni:
Jawapan: Fokus pada education, pengalaman kerja, dan skills. Bukan cerita hobi je.
Jawapan: Highlight reputasi syarikat + kaitkan dengan career growth awak. (Boleh baca panduan penuh di sini: Why Do You Want This Job?)
Jawapan: Pilih kelemahan yang realistik, tapi tunjuk usaha awak untuk improve.
Banyak tanya pasal internship, pengalaman universiti, dan soft skills. (Tip tambahan: Interview Tips Fresh Graduate)
Sekarang ni banyak company guna hybrid interview. So, versatile preparation is key.
Kadang-kadang bukan apa awak jawab, tapi cara awak jawab. Contoh skrip ringkas:
1. “Kenapa kami patut ambil awak?”
“Saya yakin pengalaman saya dalam [bidang] boleh bantu syarikat capai target. Dalam projek lepas, saya berjaya [result]. Saya nak bawakan semangat sama di sini.”
2. “Berapa gaji yang awak expect?”
“Saya fleksibel, tapi berdasarkan market 2025 untuk jawatan ni, saya rasa range sekitar RM[X] – RM[Y] sesuai. Yang penting, peluang belajar & berkembang.”
Nak idea lebih detail? Boleh baca: Cara Menjawab Soalan Temuduga Yang Tidak Tahu Dengan Smart
Interview kerja memang mendebarkan, tapi kalau ada persediaan betul, awak bukan saja akan lebih confident, tapi peluang nak impress HR pun tinggi. Ingat, interview bukan nak test hafalan awak, tapi nak lihat kesesuaian, keyakinan dan passion awak.
Kalau awak dah ready untuk cari kerja baru, tak perlu buang masa apply satu-satu. Mudahkan hidup awak dengan Drop Resume di Maukerja: Klik sini & upload resume sekarang.
1. Berapa lama biasanya proses interview kerja di Malaysia?
Kebiasaannya 30 – 60 minit. Sesetengah syarikat ada 2-3 pusingan.
2. Macam mana kalau tak tahu jawab soalan interview?
Gunakan teknik “pause & reframe”. Ambil masa sekejap, tarik nafas, dan cuba relate dengan pengalaman awak.
3. Perlu ke guna bahasa Inggeris masa interview?
Ya, especially untuk syarikat multinasional. Tapi kalau syarikat tempatan, BM pun boleh, ikut context.
4. Boleh tanya pasal gaji masa interview pertama?
Kalau HR yang buka topik, jawab dengan yakin. Kalau tak, tunggu next round.
5. Apa nak buat kalau gagal interview?
Jangan putus asa. Ambil pengalaman tu sebagai lesson. Upgrade resume awak (contoh objektif resume di sini) dan cuba lagi.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: