

by Ani
Ramai pekerja baru ingat Contract of Service dan Contract for Service ialah dua bernda yang sama… tapi sebenarnya beza dia besar gila, dan boleh effect hak, gaji, cuti, EPF, dan perlindungan kerja awak. Kalau awak tengah nak masuk kerja baru atau tengah pilih antara kerja full time, contract, atau freelance, dua istilah ni memang kena faham betul-betul.
Sebab silap faham = nanti susah. Ada orang ingat dia “pekerja tetap”, rupanya freelancer. Ada pula rasa dia “freelancer bebas”, rupanya classified sebagai employee. Akhirnya, bila berlaku isu claim OT, tak dapat cuti, atau kes keselamatan kerja, baru kelam kabut cari jawapan.
So, dalam artikel ni, jom kita kupas beza Contract of Service vs Contract for Service dengan cara paling senang nak faham, siap dengan contoh real life, situasi kerja di Malaysia, dan hak yang terlibat.
Contract of Service ni apa orang panggil kontrak pekerja tetap atau pekerja sambilan yang dilindungi di bawah Employment Act 1955 kat Malaysia.
Maksudnya? Awak ni pekerja sebenar (employee) kepada syarikat tu. Bukan sekadar "orang luar" yang diupah untuk buat kerja je.
Bila awak sign contract of service, awak dapat hak-hak penuh sebagai pekerja macam:
Awak kerja sebagai Executive Marketing kat sebuah syarikat swasta. Setiap bulan awak dapat gaji tetap. Awak masuk pukul 9 pagi, balik pukul 6 petang. Boss awak yang tentukan kerja awak hari tu apa. Awak guna laptop syarikat, duduk kat pejabat syarikat.
Ini lah Contract of Service.
Awak bukan "kerja untuk diri sendiri" tapi awak kerja untuk majikan dan majikan tu ada kuasa penuh atas kerja-kerja awak.
Sebab undang-undang buruh Malaysia melindungi awak.
Kalau majikan awak buat salah, contohnya:
...awak boleh buat aduan kat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau bawa kes ke Industrial Court.
Dan yang best? Kebanyakan kes pekerja yang menang, majikan kena bayar compensation yang besar. Kadang-kadang sampai 24 bulan gaji.
Jadi jangan underestimate kontrak ni. Ini benteng perlindungan awak.
Contract for Service ialah kontrak untuk kontraktor bebas, freelancer, atau vendor luar yang BUKAN pekerja tetap syarikat. Awak bukan "employee". Awak ni lebih kepada independent contractor atau self employed.
Jadi apa maksudnya untuk awak?
Awak seorang graphic designer freelance. Sebuah syarikat hire awak untuk design logo dan branding kit mereka. Kontrak awak 2 bulan. Awak kerja dari rumah, guna laptop sendiri, submit kerja bila siap. Lepas projek habis, kontrak pun tamat. Takde EPF, takde SOCSO, takde cuti berbayar.
Awak kerja UNTUK syarikat tu, tapi BUKAN pekerja syarikat tu.
Tak semestinya. Ramai freelancer suka contract for service sebab:
Tapi masalahnya bila majikan salah guna kontrak ni. Ada syarikat yang sengaja letak pekerja full time di bawah contract for service untuk jimat kos EPF, SOCSO, dan cuti berbayar padahal pekerja tu kerja macam employee biasa. Masuk pejabat setiap hari, ikut arahan boss, guna peralatan syarikat.
Ini yang bahaya sebab bila kena terminate, awak takde hak nak sue. Bila sakit, takde MC berbayar. Bila tua nanti, takde simpanan EPF.
Okay, sekarang mari kita breakdown beza kedua-dua kontrak ni dalam bentuk yang lebih jelas dan mudah refer.
| Aspek | Contract of Service (Employee) | Contract for Service (Contractor) |
|---|---|---|
| Status | Pekerja tetap/sambilan syarikat | Kontraktor bebas / freelancer |
| Perlindungan Undang-Undang | Dilindungi Employment Act 1955 | TIDAK dilindungi Employment Act |
| EPF & SOCSO | Wajib, majikan kena carumkan | Takde, awak uruskan sendiri |
| Cuti Berbayar | Ada (annual leave, MC, maternity leave) | Takde, cuti = tak dapat bayaran |
| Overtime (OT) | Ada (untuk gaji bawah RM4,000) | Takde |
| Notis Tempoh | Wajib ada (biasanya 1-3 bulan) | Ikut kontrak, boleh jadi takde |
| Kawalan Kerja | Majikan control penuh (waktu, cara kerja, lokasi) | Pekerja lebih bebas tentukan cara kerja |
| Peralatan Kerja | Disediakan majikan | Pekerja guna peralatan sendiri |
| Gaji | Tetap setiap bulan | Ikut projek atau per jam/hari |
| Tempoh Kontrak | Biasanya tetap (permanent/contract renewable) | Tempoh terhad (sampai projek siap) |
| Hak Tuntut Mahkamah | Boleh bawa ke Industrial Court | Hanya boleh sue secara civil court (lebih susah & mahal) |

Dah faham pasal kontrak kerja? Sekarang masa untuk cari kerja yang betul-betul menghargai awak. Ramai yang masih struggle cari kerja sesuai walaupun dah hantar berpuluh resume. Kenapa? Sebab tak jumpa kerja yang match dengan skill dan minat sebenar.
Tapi sekarang ada cara lebih mudah. Dengan AI Job Matcher dari Maukerja, sistem akan automatically carikan kerja paling sesuai untuk awak berdasarkan:
Lagi cepat awak hantar resume, lagi tinggi peluang awak dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu!
1. Apakah maksud Contract of Service?
Contract of Service ialah kontrak kerja yang menjadikan awak employee syarikat. Awak layak dapat benefit seperti EPF, SOCSO, cuti, OT, dan dilindungi Akta Kerja.
Contract for Service ialah kontrak untuk menyediakan perkhidmatan sebagai freelancer atau independent contractor. Awak tidak dianggap pekerja dan tiada faedah pekerja.
Tengok tahap kawalan, cara bayaran, dan benefit. Jika majikan tetapkan masa & SOP → Contract of Service. Jika bebas tentukan cara kerja → Contract for Service.
Boleh, tetapi secara sukarela. Freelancer boleh daftar Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Awak mungkin hilang hak pekerja seperti SOCSO, cuti, dan OT. Salah kategori juga boleh menjejaskan perlindungan undang-undang kerja awak.