Compassionate Leave: Perbezaan Dengan Cuti Sakit & Cuti Tanpa Rekod
# Pengetahuan Pekerja

Compassionate Leave: Perbezaan Dengan Cuti Sakit & Cuti Tanpa Rekod

post by Ani

by Ani

Dec 18, 2025
at 11:11 AM

Compassionate Leave: Perbezaan Dengan Cuti Sakit & Cuti Tanpa Rekod

Pernah tak awak berada dalam situasi hidup yang memang berat gila macam ahli keluarga meninggal dunia, orang tersayang masuk hospital, atau berlaku kecemasan yang tak dijangka tapi dalam masa sama, awak masih perlu fikir pasal kerja dan terfikir kena ambil cuti ke?

  • Nak mohon cuti pun jadi serba salah.
  • Nak ambil cuti sakit, rasa macam tak kena.
  • Nak ambil cuti tanpa rekod, tak pasti layak atau tidak.
  • Dan dekat sinilah ramai mula dengar istilah compassionate leave.

Masalahnya, tak semua orang betul-betul faham apa itu compassionate leave, beza dia dengan cuti sakit dan bila pula patut guna cuti tanpa rekod. Jom, baca artikel ni sampai habis.


Apa Maksud Compassionate Leave?

Compassionate leave ialah cuti khas yang diberikan kepada pekerja apabila berlaku situasi peribadi yang serius atau menyedihkan, terutamanya melibatkan ahli keluarga terdekat.

Biasanya, ia dikaitkan dengan kes seperti:

  • Kematian ahli keluarga
  • Ahli keluarga sakit tenat
  • Kecemasan keluarga yang tak boleh dielakkan

Kenapa ia dipanggil “compassionate”?

Sebab cuti ni wujud atas dasar belas ihsan dan kemanusiaan, bukan semata-mata prestasi kerja. Majikan faham dalam keadaan tertentu, awak perlukan ruang untuk urus emosi, keluarga, dan diri sendiri.

Di Malaysia, Akta Kerja 1955 tak nyatakan secara spesifik compassionate leave, tapi kebanyakan syarikat tetap sediakan dalam polisi dalaman mereka.

Ada orang rasa bersalah nak minta cuti ni. Takut dianggap ambil kesempatan. Takut HR judge.

Padahal, kalau syarikat tu sihat dari segi budaya kerja, mereka faham pekerja juga manusia.

Compassionate leave bukan cuti sakit. Fokus dia bukan kesihatan awak, tapi situasi keluarga atau emosi yang kritikal.

Cuti sakit (medical leave) pula macam mana?

Cuti sakit diberikan bila:

  • Awak sendiri tak sihat
  • Awak dapat MC daripada klinik/hospital
  • Fokus dia adalah pemulihan kesihatan fizikal atau mental awak

Perbezaan utama yang selalu orang keliru

Dari segi tujuan

  • Compassionate leave: Urus hal keluarga / krisis emosi
  • Cuti sakit: Rawatan & rehat sebab sakit

Dari segi dokumen

  • Compassionate leave: Kadang-kadang hanya perlukan makluman atau bukti (contoh: sijil kematian)
  • Cuti sakit: Wajib ada MC

Dari segi persepsi tempat kerja

  • Ambil MC tanpa sakit → boleh jadi isu
  • Ambil compassionate leave bila perlu → lebih diterima

Contoh situasi sebenar

Bayangkan ayah awak masuk ICU. Awak sihat, tapi mental hancur.
Ambil MC? Tak tepat.
Ambil compassionate leave? Itu yang paling logik.

Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini


Apa Itu Cuti Tanpa Rekod Dan Bila Ia Digunakan?

Cuti tanpa rekod ialah cuti yang tak ditolak daripada baki cuti tahunan, biasanya untuk urusan tertentu yang dibenarkan majikan.

Dalam konteks Malaysia

Cuti tanpa rekod lebih sinonim dengan:

  • Penjawat awam
  • Syarikat yang ada polisi HR lebih fleksibel

Antara contoh penggunaan:

  • Urusan rasmi tertentu
  • Kematian ahli keluarga (bergantung polisi)
  • Aktiviti khas yang diluluskan majikan

Beza dengan compassionate leave

Walaupun situasi boleh jadi sama (contoh: kematian keluarga), cuti tanpa rekod lebih kepada kategori pentadbiran, manakala compassionate leave lebih kepada nilai empati.

Tak semua syarikat guna istilah sama.
Ada yang gabungkan.
Ada yang asingkan.

Sebab tu penting untuk awak:

  • Baca kontrak kerja
  • Faham employee handbook
  • Tanya HR tanpa rasa bersalah

Bolehkah Compassionate Leave Ditolak Oleh Majikan?

Ya, boleh, bergantung kepada polisi syarikat.

Sebab compassionate leave bukan cuti mandatori bawah undang-undang, majikan ada hak untuk:

  • Hadkan bilangan hari
  • Tentukan siapa yang dianggap “ahli keluarga terdekat”
  • Minta bukti sokongan

Tapi realitinya…

Majoriti majikan yang profesional akan luluskan, selagi:

  • Permohonan dibuat dengan jujur
  • Situasi memang munasabah
  • Awak communicate dengan baik

Kalau majikan susah nak faham situasi kemanusiaan asas, itu bukan salah awak. Itu tanda budaya kerja yang perlu dipersoalkan.


Berapa Hari Biasanya Compassionate Leave Diberikan Di Malaysia?

Jawapan biasa di pasaran kerja Malaysia adalah antara 1 hingga 5 hari, bergantung kepada:

  • Polisi syarikat
  • Hubungan kekeluargaan
  • Keseriusan situasi

Contoh amalan biasa

  • Kematian ibu bapa / pasangan: 3–5 hari
  • Kematian ahli keluarga lain: 1–3 hari

Ada juga syarikat yang:

  • Benarkan cuti tambahan
  • Gabungkan dengan cuti tahunan
  • Benarkan WFH sementara

Tak salah untuk tanya. Yang salah ialah pendam dan burnout senyap-senyap.


Bagaimana Cara Mohon Compassionate Leave Dengan Cara Profesional?

Ringkas, jujur, dan berhemah.

Contoh ayat yang selamat

“Hi [Nama], saya ingin maklumkan berlaku kecemasan keluarga dan saya perlu mohon compassionate leave selama [X] hari. Terima kasih atas pemahaman.”

Tak perlu cerita panjang lebar kalau awak tak selesa. Tak perlu justify emosi awak, cukup maklumkan dengan jelas.

Tip penting

  • Maklum awal bila boleh
  • Update kerja penting
  • Jangan rasa bersalah jaga diri sendiri

Kerja boleh ganti tapi keluarga & kesihatan mental awak, belum tentu.


Adakah Compassionate Leave Dibayar Atau Tidak?

Jawapannya ialah bergantung kepada polisi syarikat.

Ada syarikat yang:

  • Bayar penuh
  • Bayar separuh
  • Tak bayar tapi tak tolak cuti tahunan

Apa yang awak patut buat?

Semak:

  • Offer letter
  • Employee handbook
  • HR policy

Kalau tak jelas, tanya HR. Itu bukan tanda awak bermasalah tapi itu tanda awak pekerja yang bertanggungjawab.


Masa Depan Kerjaya Awak Lebih Penting Dari Yang Awak Sangka

Ramai yang masih struggle dengan kerja yang tak jaga emosi, tak fleksibel dan buat awak rasa bersalah. Tapi sebenarnya, ada majikan yang lebih faham, lebih empati, dan lebih sesuai dengan fasa hidup awak sekarang.

Kalau awak plan nak cari kerja, apa kata guna Maukerja Job Matcher. Dengan Maukerja Job Matcher, sistem AI akan cadangkan kerja ikut skill awak yang awak ada. Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher & biar sistem bantu awak jumpa kerja yang betul-betul sesuai. Lagi cepat awak bertindak, lagi cepat awak keluar dari kerja yang buat awak penat emosi.

Job Matcher


FAQ: Soalan Lazim Tentang Compassionate Leave

1. Apakah compassionate leave wajib diberikan di Malaysia?

Tidak. Compassionate leave tidak diwajibkan bawah Akta Kerja 1955, tetapi kebanyakan syarikat menyediakannya dalam polisi dalaman mereka.

2. Bagaimana jika majikan tak benarkan compassionate leave?

Awak boleh bincang alternatif seperti cuti tahunan atau cuti tanpa rekod. Yang penting, communicate dengan jelas dan profesional.

3. Bolehkah saya guna cuti sakit untuk urusan keluarga?

Secara teknikal, tidak digalakkan. Cuti sakit adalah untuk kesihatan awak sendiri dan biasanya memerlukan MC.

4. Apakah compassionate leave akan menjejaskan prestasi kerja?

Tidak sepatutnya. Majikan yang baik faham situasi peribadi dan tidak menilai prestasi hanya berdasarkan cuti kecemasan.

5. Bagaimana cara tahu polisi cuti syarikat saya?

Semak offer letter, employee handbook, atau terus bertanya kepada HR untuk kepastian.


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni: