

by Ani
Pernah hantar berpuluh resume tapi satu pun tak sangkut? Masalahnya mungkin bukan pada kelayakan anda, tetapi pada cara kemahiran (skills) tersebut dipersembahkan.
Dalam era pengambilan pekerja berasaskan AI tahun ini, majikan dan sistem penapisan (ATS) hanya mengambil masa kurang 6 saat untuk menilai resume anda. Jika kemahiran anda tidak "bercakap" dengan keperluan industri semasa, resume anda akan terus tenggelam.
Kemahiran dalam resume merujuk kepada gabungan kebolehan teknikal (Hard Skills) dan sifat peribadi (Soft Skills) yang membuktikan anda mampu melaksanakan tugasan bagi jawatan yang dipohon dengan cemerlang.
Dalam bahasa mudah, majikan hanya ingin tahu satu perkara iaitu “Bagaimana kepakaran anda boleh memberi nilai tambah (ROI) kepada syarikat kami?”
1. Melepasi Tapisan Sistem AI & ATS
Kebanyakan syarikat kini menggunakan Applicant Tracking System (ATS) yang dikuasakan oleh AI. Sistem ini tidak membaca cerita panjang tetapi ia mencari kata kunci (keywords) spesifik yang relevan dengan iklan jawatan. Tanpa kemahiran yang tepat, resume anda akan ditapis keluar secara automatik sebelum sempat dilihat oleh manusia.
2. Penilaian Pantas "6-Saat" (Scanning)
Realitinya, pengurus pengambilan pekerja (HR) hanya melakukan imbasan visual selama beberapa saat. Bahagian kemahiran yang disusun dengan kemas (menggunakan bullet points) membolehkan mereka mengenal pasti kesesuaian anda dengan serta-merta tanpa perlu membaca keseluruhan dokumen.
3. Menentukan Nilai Pasaran Anda
Kemahiran yang spesifik dan terkini (seperti AI Prompting atau Digital Literacy) menjadikan anda calon yang "mahal" dan menonjol. Ia membezakan anda daripada beratus-ratus pemohon lain yang mungkin mempunyai latar belakang pendidikan yang sama tetapi kurang kemahiran praktikal.
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kerja Kosong Dekat LRT/MRT!
Dalam pasaran kerja moden, memiliki sijil akademik sahaja tidak mencukupi. Majikan dan sistem penapisan AI mencari kombinasi mantap antara Hard Skills dan Soft Skills yang relevan dengan ekosistem digital hari ini.
Berikut adalah pecahan kategori kemahiran yang wajib anda highlight dalam resume:
Hard skills adalah kepakaran khusus yang diperoleh melalui pendidikan formal, latihan teknikal, atau pengalaman praktikal. Ia adalah kemahiran yang membolehkan anda melakukan tugasan spesifik.
Contoh Hard Skills:
Tips: Gunakan kata kunci teknikal yang spesifik dalam iklan kerja untuk membantu resume anda melepasi sistem ATS.
Soft skills merujuk kepada ciri-ciri peribadi yang menentukan cara anda bekerja, berkomunikasi, dan menyelesaikan masalah dalam pasukan. Walaupun sukar diukur, ia adalah penentu utama sama ada anda "culture fit" atau tidak.
Contoh Soft Skills:
Baca Juga: Perbezaan Hard Skills dan Soft Skills dalam Resume
Trend pengambilan pekerja telah berubah secara drastik. Memiliki segulung ijazah kini hanyalah syarat asas; apa yang benar-benar membezakan anda adalah penguasaan kemahiran praktikal yang relevan dengan ekosistem kerja moden.
Berikut adalah 5 kemahiran "Hot" yang paling diburu oleh majikan tahun ini:
Hampir setiap sektor kini berintegrasi dengan teknologi. Majikan mencari pekerja yang boleh meningkatkan produktiviti menggunakan alatan moden.
Dalam era kerja hibrid dan remote, menyampaikan idea dengan tepat adalah penting. Ini melibatkan keupayaan untuk menterjemah maklumat kompleks kepada tindakan yang jelas.
Majikan mahukan pekerja yang proaktif dan tidak hanya menunggu arahan. Mereka mahukan individu yang boleh mengenal pasti punca masalah dan mencadangkan solusi.
Dunia kerjaya hari ini berubah dengan sangat pantas.
Kenapa Penting? Majikan lebih yakin mengambil calon yang mempunyai Adaptability Quotient (AQ) yang tinggi kerana mereka kurang berisiko untuk "burnout" apabila berlaku perubahan drastik dalam organisasi.
Anda tidak perlu gelaran "Manager" untuk menunjukkan ciri kepimpinan. Majikan mencari pekerja yang mempunyai ownership terhadap tugasan mereka.
75% resume ditolak sistem ATS. Adakah resume anda selamat? [Klik Untuk Scan Resume Percuma Di Sini]
Menyusun kemahiran bukan sekadar membuat senarai panjang tetapi ia adalah tentang bagaimana anda menghubungkan kepakaran anda dengan keperluan majikan. Ikuti 4 langkah strategik ini untuk memastikan resume anda menonjol dalam masa 6 saat:
Jangan sembunyikan kemahiran anda dalam perenggan yang panjang. Gunakan sub topik yang jelas supaya sistem AI dan HR dapat mengesan kata kunci (keywords) dengan serta-merta.
Contoh Susunan:
Majikan dan algoritma carian lebih gemar maklumat yang padat. Gunakan bullet points untuk memisahkan setiap kemahiran. Ini bukan sahaja memudahkan pembacaan manusia, tetapi juga membantu sistem AI mengindeks kepakaran anda dengan lebih tepat.
Ini adalah kunci utama untuk melepasi tapisan ATS. Analisis iklan kerja dan kenal pasti kata kunci utama yang mereka perlukan.
Jangan sekadar bagitahu tapi buktikan dengan impak. Menggantikan kenyataan umum dengan pencapaian berasaskan data.
Tidak. Malah, meletakkan terlalu banyak kemahiran yang tidak relevan boleh merosakkan peluang anda.
Untuk memastikan resume anda kekal berimpak tinggi, tapis kemahiran anda menggunakan kriteria ini:
Resume bukan sebuah "stor simpanan", ia adalah sebuah "brochure pemasaran". Strategi terbaik tahun ini adalah Quality over Quantity. Pilih kemahiran yang paling kuat dan relevan untuk menjadikan anda calon yang paling tepat, bukan sekadar calon yang paling banyak tahu.
Kalau anda serius nak dapat kerja lebih cepat tahun ni…Jom drop resume anda sekarang & biar AI bantu match dengan peluang kerja terbaik untuk anda.
Lagi cepat awak mula, lagi tinggi peluang anda dipanggil interview. Jangan tunggu sampai peluang terlepas.
Tiada satu kemahiran yang sesuai untuk semua, tetapi kemahiran paling penting adalah yang relevan (match) dengan kriteria iklan kerja. Tahun ini, majikan sangat mementingkan gabungan Digital Literacy (seperti penggunaan alatan AI) dan Human-Centric Skills (seperti kecerdasan emosi dan penyelesaian masalah kompleks).
Gunakan teknik "Tailoring". Teliti Job Description (JD) dan kenal pasti 5-10 kata kunci (keywords) utama. Masukkan kemahiran yang paling padan dengan keperluan tersebut sahaja. Fokus kepada kualiti dan impak, bukan kuantiti senarai yang panjang.
Jangan risau. Anda boleh menonjolkan Transferable Skills yang diperoleh daripada:
Gunakan Formula "Action + Result". Jangan sekadar menyenaraikan kemahiran secara pasif. Contoh: Gantikan "Mahir dalam jualan" kepada "Berjaya mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 120% melalui teknik rundingan pelanggan yang berkesan." Bukti dalam bentuk angka atau peratusan sangat disukai oleh majikan dan sistem AI.