Di tempat kerja bukan korang je yang berusaha bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk nak naik pangkat. Semua pekerja sebenarnya lakukan perkara yang sama sebab apabila berada dalam persekitaran di mana semuanya bersungguh-sungguh secara tak langsung diri sendiri pun akan terikut sama. Masing-masing akan mencuba yang terbaik untuk nak bersinar dan dapatkan kenaikkan gaji atau pangkat. Di akhirnya nanti hanya akan ada seorang pemenang sahaja bukan?





