Mengapa Pekerja Terlalu Taksub Dengan Menggunakan Telefon Sewaktu Kerja?
# Pengetahuan Pekerja

Mengapa Pekerja Terlalu Taksub Dengan Menggunakan Telefon Sewaktu Kerja?

post by Aisya

by Aisya

Sep 2, 2016
at 11:29 AM

Dekat tempat kerja ni ada bermacam-macam cara yang boleh distract atau kacau kita daripada melakukan kerja. Baru 10 minit buat kerja tiba-tiba muncul pula benda yang mengacau dan mengganggu produktiviti kerja. Ini memang boleh memberi impak pada kerja, diri sendiri dan yang paling teruk sekali majikan akan marah. 

Apa perkara yang boleh membunuh produktiviti pekerja?

Pada pandangan majikan mereka menyenaraikan sebab-sebab yang berbeza pada pandangan pekerja. Ini adalah 10 sebab utama yang majikan rasakan boleh mengacau produktiviti pekerja:

1. Penggunaan telefon/ mesej (55% majikan merasakan ini masalah terbesar sekali)

2. Internet

3. Bergossip

4. Sosial media

5. Rakan singgah ke tempat kerja

6. Merokok/rehat untuk makan snek

7. Email

8. Meeting

9. Colleagues yang bising

10. Duduk dalam tempat kerja cubicle

Apa pandangan korang? Adakah ianya benar atau salah sama sekali? Mengikut senarai penggunaan telefon amat-amat mengganggu kerja dengan peratusan sebanyak 55%. Hmm rasanya betul juga sebab bila majikan lalu je, tak habis-habis asyik pegang telefon jadi bilanya kerja nak jalan kan?

Dan yang paling rendah sekali yang boleh mengganggu kerja adalah tempat kerja dengan konsep cubicle. Mengapa? Kerana pekerja boleh buat keja sendiri tanpa dilihat oleh orang lain. Waktu ini lah diorang akan baca majalah ke, atau lakukan minat/hobi dan bila majikan lalu baru termalu sendiri.

Sebenarnya apa yang pekerja lakukan dengan telefon mereka?

Disebabkan penggunaan telefon menyumbang sebanyak 55%, jadi mari kita tanyakan apa yang pekerja lakukan dengan telefon mereka. Ini adalah respon mereka:

1. Mesej personal (iaitu sebanyak 65%)

2. Social media

3. Untuk semak cuaca

4. Melayari laman web berita

5. Bermain game

6. Membeli belah

7. Mengetahui kesesakan lalu lintas

8. Bergossip

9. Nak tahu sebarang promosi

10. Menggunakan aplikasi dating-site

Jadi inilah sebab utama mereka asyik dengan telefon sahaja walaupun waktu bekerja. Kesimpulannya, telefon ini boleh mengganggu prestasi kerja dan seterusnya majikan juga akan rasa menyampah jika pekerjanya terlalu asyik dengan telefon sahaja. Bahagi masa dengan baik agar tidak menganggu proses kerja. Gunakan waktu lunch itu untuk nak menggunakan telefon. Waktu tu, guna lah korang sampai lebam ibu jari.