Kalau Majikan Beri 8 Nasihat Cara Begini, Pasti Akan "Melekat" Dalam Kepala Pekerja Sampai Bila-Bila
# Pengetahuan Pekerja

Kalau Majikan Beri 8 Nasihat Cara Begini, Pasti Akan "Melekat" Dalam Kepala Pekerja Sampai Bila-Bila

post by Aisya

by Aisya

Sep 4, 2016
at 8:13 AM

Nak berikan nasihat ni perlu betul lenggok dan cara dia. Kalau tersalah langkah, pekerja akan terima nasihat itu secara negatif. Ianya perlu ada sentuhan tersendiri, masa yang sesuai, serta kejujuran dalam memberi nasihat untuk nak buatkannya betul-betul power. Tanyalah pada mana-mana majikan macam mana mereka boleh senang je bagi nasihat pada semua pekerja, dan pasti majikan yang terbaik akan jawab memang senang untuk nak beri nasihat tetapi susah untuk nak beri nasihat yang baik. 

Akan ada sampai masanya, korang akan dipanggil untuk face-to-face dengan mereka yang berjawatan tinggi dan ambil segala nasihat yang berguna daripada mereka untuk nak perbaiki mutu kerja. Dan bukan hanya pada majikan, kadang-kadang ada juga masanya memerlukan korang untuk nak berikan nasihat kepada colleagues lain. Ini adalah tips terbaik untuk nak berikan nasihat yang pasti akan melekat dalam kepala pekerja sampai bila-bila:

1. Tahu bezanya antara nasihat dan kritikan

Nasihat adalah sesuatu yang berguna dan kritikan adalah sesuatu yang boleh menyakitkan hati. Jika majikan berikan nasihat seperti "Awak memang tak pandai nak buat kerja ni. Jadi saya akan suruh pekerja lain." Ini sememangnya bukan nasihat tapi kritikan semata-mata. Nasihat pula sebaliknya akan berbunyi sebegini "Saya rasa awak berpotensi untuk perbaiki kerja dan awak boleh belajar dari saya pada bila-bila masa." Nasihat sebegini bukannya berlapis cuma ianya akan membina semangat mereka untuk perbaiki diri.

Jika pekerja diberi nasihat seperti yang pertama itu, memang akan merendahkan motivasi mereka je. Nak tahu samada ianya nasihat atau kritikan, cuba dengar bagaimana majikan mulakan ayat dia. Adakah ia berbunyi sebegini? "Okay saya tak suka nak cakapkan ni tapi ianya untuk kebaikkan awak sendiri sebenarnya..." Tunggu je lah dia bagi korang kritikan lah tu. 

2. Bos kena lah professional sikit

Jangan cuba untuk nak jadikan perbualan itu sebagai sesuatu yang personal. Kekal jelas dengan matlamat utama perbualan itu untuk memberi nasihat secara profefssional dengan outcome perbualan tersebut. Sebagai contoh, mungkin akan ada pekerja yang suka sabotaj presentasion client, atau yang jenis pelik suka dengar suara diri sendiri. Untuk nak berikan nasihat, cuba berbincang bagaimana untuk nak kekal fokus dan sikap yang sepatutnya ada dalam diri pekerja. 

Sebagai contoh lain, ceritakan bagaimana sikap seorang yang matang itu perlu ada dalam diri pekerja bila dah masuk alam pekerjaan ni. Nak bergaduh tarik rambut apa itu zaman budak-budak sangat kan? Sudah meningkat dewasa dan matang ni kenalah jaga adab sikit. 

3. Beri nasihat bukan seperti buat sandwich

Perasan tak ada majikan yang jenis akan lakukan kaedah sebegini; mereka akan mulakan perbualan dengan beri pujian diikuti dengan nasihat dan diakhiri dengan pujian balik. Approach sebegini sebenarnya tidak akan sesekali membantu pun. Penerima nasihat akan lebih fokus pada pujian yang diberikan bukannya nasihat sebagai objektif utama. Kerana itulah kaedah ini dipanggil sebagai sandwich sebab 2 keping roti (simbolik pujian) dan inti ditengah (simbolik kepada nasihat). Kekalkan nasihat itu pendek, straight to the point dan bermanfaat. 

Fokus bagaimana penerima nasihat itu boleh manfaatkan strength mereka untuk nak deal dengan isu terlibat. Berikan mereka sesuatu yanng meaningful daripada sekadar beri nasihat dan habis sebegitu sahaja. Apa yang boleh mereka lakukan? Beri lah cadangan.

4. Masa yang sesuai

Nak berikan ansihat ni tak perlu hanya waktu annual performance review sahaja. Berikan nasihat sebanyak kali yang mungkin pada bila-bila masa yang sesuai. Tidak perlu untuk nak tunggu annual review untuk nak berikan ansihat tentang berbulan-bulan yang lepas punya isu. Sebagai contoh, jika pekerja itu tidak bersedia sewaktu meeting dan tidak dapat menjawab soalan yang ditanya, sebaik sahaja selesai meeting terus-terang pada mereka dan berikan nasihat waktu itu.

Ingatan mereka masih segar lagi kerana baru sahaja terjadi kan? Lagipun boleh dapatkan feedback dengan segera dan coaching akan menjadi sebahagian daripada perkara yang normal dalam kerja korang.

5. Jadikan nasihat itu actionable

Majikan dah berikan nasihat, okay itu sudah baik. Tapi yang masalahnya majikan sekadar bagi nasihat secara general je seperti "tingkatkan permainan korang." Pekerja faham yang nasihat itu ada kena mengena dengan kerja mereka tapi dalam cara apa yang perlu mereka tingkatkan? Tak ada idea sebenarnya majikan ni nak suruh ubah apa, atau apa yang dia nak kan? 

6. Tunjukkan bukti jika ikut nasihat itu akan berjaya

Nasihat itu akan bertambah-tambah berguna jikalau korang tunjukkan outcome jika terima nasihat tu. Beritahu pada mereka kejayan yang dicapi apabila mengikut nasihat yang diberikan. Jangan hanya cakap kosong sahaja, sebaliknya tunjukkan outcome. Ceritakan kejayaan korang apabila mengikuti nasihat yanng diberikan. Ini akan buatkan mereka lebih senang untuk nak terima nasihat yang diberikan dan jadikan sebagai pembakar semangat. Melalui cerita ni akan lebih berkesan sebenarnya untuk nak buatkan nasihat itu melekat dalam kepala.

7. Nak berikan nasihat kena terima nasihat dahulu

Jika majikan mahu berikan nasihat pada pekerja dia, majikan itu sendiri kena terima nasihat secara terbuka tanpa berdendam. Pekerja akan senang untuk mendengar malah menerima nasihat jika majikan boleh menerima nasihat daripada orang lain. Tiada sesiapa yang ego, itu yang penting. 

8. Berikan nasihat face-to-face

Jangan sesekali cuba untuk nak sampaikan nasihat melalui orang ketiga, kalau benar-benar korang maksudkan nasihat itu mengapa perlu melalui orang lain? Ianya akan menunjukkan yang korang sebenarnya tak jujur dalam memberi nasihat langsung. Ianya lebih lembut dan kena jika korang secara sendirian yang datang kepada seseorang itu dan sampaikan nasihat. Tidak perlu berselindung di sebalik orang lain kerana  takut dikritik atau apa. Berani diri jika benar.