Jimatkan Poket Perbelanjaan Makan Anda Dengan Menyediakan Hidangan Ringkas Melalui 7 Cara Ini
# Gaya Hidup

Jimatkan Poket Perbelanjaan Makan Anda Dengan Menyediakan Hidangan Ringkas Melalui 7 Cara Ini

post by Shasha

by Shasha

Sep 5, 2016
at 3:08 AM

Masak 1 set meal lengkap sampai dinner untuk seminggu! Lepas ni korang tak perlu pening nak makan/masak apa untuk lunch break harian.

Korang penat nak fikir nak masak bekal apa hari-hari?nak makan mana setiap kali lunch break? Korang boleh ubah kepenatan tu kepada benda yang mudah, jimat masa & duit korang! Sedikit trick untuk korang :

1. Cuba buat meal prep @ meal preparation. Nama pun preparation kan, jadi korang kena plan & prepare. Terpulang pada korang nak prepare untuk breakfast, lunch & dinner atau     pilih salah satu & masak untuk seminggu terus. Macam mustahil? Jom baca lagi.

2. Nak senang? Gunakan bekas plastic lutsinar mudahkan korang simpan bahan masakan, senang cari & tak gopoh nak cari barang. Pastikan korang bekas plastic atau kaca         yang berkualiti baik & tak mudah reput dalam microwave.

3. Perap makanan mentah seperti ayam atau daging dengan tiga cara bersama ramuan yang berbeza tapi guna satu kuali leper je. Bila ada variasi dalam penyediaan ayam pada     satu masa, korang dah jimat masa sebab semua dimasak sekali!

4. Bakar sayur-sayuran yang berlainan pada masa sama. Kaedah membakar tidak menghapuskan nutrient- nutrient penting yang ada dalam sayur anda. Korang boleh perap             sayur sebelum bakar.

5. Korang boleh sediakan breakfast untuk seminggu straight tanpa perlu nak masak. Isi oatmeal dalam bekas lutsinar korang tambah dengan buah-buahan, sedikit gula atau dark    coklat bagi penambah perisa. Sebelum pergi kerja, korang boleh tambah susu atau air.

 

6. Korang boleh tukar minuman kopi yang bosan tu kepada jus smoothie. Sediakan bahan seperti buah-buahan, sedikit bijirin dalam paket plastik sebelum korang tidur. Esoknya,     korang perlu kisarkan je & minum. Senangkan?

 

7. Korang boring makan nasi je? Oatmeal jar tu korang boleh gunakan untuk salad jugak tau! Tambahkan biji chia, kekacang kat salad korang.

Korang jimat masa, duit & secara tak langsung pemakanan korang terjaga tanpa garam, minyak & perasa berlebihan. Jom plan bekal untuk seminggu ni!