Jangan Tunggu Sampai Diri Korang Burnout. Lakukan Perubahan Sebelum Terlambat
# Pengetahuan Pekerja

Jangan Tunggu Sampai Diri Korang Burnout. Lakukan Perubahan Sebelum Terlambat

post by Aisya

by Aisya

Sep 6, 2016
at 3:27 AM

Burnout ni satu term yang menerangkan kondisi pekerja yang sudah sampai tahap tertekan paling teruk sekali lah. Pekerja yang burnout akan terus melepaskan melepaskan kerja dia macam tu je ataupun kata lainnya surrender. Tak kisah dah dengan apa yang majikan suruh korang buat dah, memang korang dah surrender habis sebab terlampau penat. Ada sedikit sebanyak sikap pekerja  yang sedang mengalami burnout yang memang jelas kelihatan seperti sikap tidak pedulikan apa lagi, tak nak terlibat lagi dalam apa-apa, penat yang melampau serta bersikap sinis. 

Itu adalah sikap yang orang sekeliling boleh nampak, tapi pada sisi personal pula pekerja yang burnout ni akan mengalami kemurungan, insomnia, bimbang yang melampau serta tertekan. Pekerja yang mengalami burnout ni boleh jadi akan mengambil keputusan yang teruk seperti pengambilan dadah, makan makanan yang tidak sihat, alkohol, merokok atau apa sahaja yang boleh cool down kan mereka. 

Sebab mengapa terjadi burnout

Burnout ni bukan atas sebab kerja yang terlampau banyak je, ia juga boleh terjadi akibat kurangnya kerja. Terlebih kerja salah terkurang kerja pun salah juga. Bila seseorang tu diberi banyak sangat kerja, dia akan jadi tertekan, penat dan seterusnya memang surrender je dengan semua benda. Bagi pekerja yang memang terlampau sikit kerja, dia akan mengalami kebosanan yang melampau di tempat kerja dan juga boleh burnout.

Pekerja yang bekerja lebih daripada 40 jam seminggu memang senang untuk mengalami burnout. Pekerja yang mengalami under-challenged burnout  adalah disebabkan kerja yang mendatar sahaja, atau sudah terlalu lama bekerja tapi tidak pernah dihargai langsung usaha mereka. 

Dibuli atau gangguan seksual juga boleh membuatkan seseorang itu burnout kalau terpaksa hadap setiap hari. Keadaan persekitaran organisai juga boleh membuatkan berlakunya burnout sebagai contoh, terlampau bising sehingga menganggu kententeraman kerja, tempat kerja terlampau panas atau sejuk juga antara sebab terjadinya  burnout. 

Burnout ini boleh disembuh

Cara terbaik untuk nak sembuhkan burnout adalah dengan cari punca masalah itu sendiri. Pekerja yang mengalami burnout boleh mempertimbangkan dengan bertukar kerja kepada yang lebih baik atau cari jalan untuk nak atasi stress. Kaedah yang boleh digunakan juga adalah dengan pergi hadiri sesi kounseling, berdepan dengan majikan dan minat penjelasan dengan job skop korang apa. 

Bagi kes buli pula ianya memang tidak sepatutnya terjadi. Sexual harrassment, secara terangannya memang salah di sisi undang-undang kerja. Korang perlu cari jalan penyelesaian dan jangan biarkan ianya terus sengsara.

Apa perlu buat?

Kalau korang sudah dapat rasa yang diri tu hampir-hampir nak burnout, segeralah lakukan sesuatu. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab ianya akan memberi impak besar dalam hidup korang. Kalau kerja diluar kawalan koranng, jumpa  majikan dan bincangkan mengapa korang buat pelbagai kerja atau kalau langsung tak diberi kerja berbincang denagn majikan yang korang boleh buat kerja. Cuma bagi sahaja kerana itu lah korang dibayar untuk bekerja.