Ini 4 Petua Bagaimana Korang Boleh Kerja Santai Dalam Persekitaran Serius..Cubalah
# Pengetahuan Pekerja

Ini 4 Petua Bagaimana Korang Boleh Kerja Santai Dalam Persekitaran Serius..Cubalah

post by Shasha

by Shasha

Sep 6, 2016
at 6:22 AM

Dari keluar rumah sampai lah ke pejabat, jam tangan korang mesti tak pernah lekang dari pandangan. Takut lambat, kejar deadline, kejar tren, semuanya lah kita kejar kan.  Muka pun tak payah cakap lah, marah, masam, n macam-macam lagi.

Semuanya rasa terburu-buru kan sampaikan benda yang korang boleh chill tapi masih rasa kena settlekan cepat.  Lagi-lagi kalau korang baru je start kerja mestilah nak kena kerja keras, serius & fokus pada kerja.

Serius tapi korang kerja dalam keadaan santai, pernah terfikir tak? Dengar macam kerja-kerja pangkat tinggi je ni kan, haa salah tu. Setiap perkara mesti ada susah senangnya.

Pekerja yang sentiasa serious ni selalu tampak macam power kan? Tapi hakikatnya, tak semua orang yang serious bekerja sentiasa cemerlang dalam semua perkara.

Tak kira apa pun kerja korang, serious dalam keadaan santai bekerja adalah benda yang senang nak buat tapi tetap boleh success!

1. Tentukan tujuan

Masa dapat tugasan baru dari boss atau supervisor korang, jangan lah terus meluru nak buat. Tentukan dulu tujuan korang dalam laksanakan tugasan tu. Stretch waktu korang sikit untuk review balik apa yang diperlukan supaya korang tak stuck tengah-tengah jalan masa dah mula buat tugasan.

2. Berhenti compare kan diri

Kerja korang lain-lain, style pun lain jugak. Tak salah korang nak jadikan orang lain sebagai contoh tapi jangan ambil semua. Korang mesti ada keyakinan untuk buat tugasan tu dengan style korang sendiri. Asalkan korang boleh selesaikan tugasan tu, no problemo!

3. Hidup untuk hari ini

Mesti korang terlupa pasal ni kan? Bangun pagi ikut rutin yang sama buatkan korang terlupa dengan perkara yang patut buat tak kira masa. Kerja korang makan balik diri tanpa disedari. Bila tak cukup masa untuk diri, family, kawan-kawan & buah hati mula lah nak blame benda lain. Apa salahnya spend time karaoke dengan sahabat atau pergi supermarket lepas kerja. Bagi peluang korang refreshing sikit hati & fikiran lepas bekerja seharian. Bak kata Mat salleh, “Live for today”.

4. Manfaatkan teknologi

Dengan teknologi yang sangat lah efisyen, guna lah sebaik mungkin. Kalau korang ada appointment nak discuss, baiklah video call, facetime, call atau apa-apa yang boleh hubungkan korang dengan klien. Jimat masa kan, tak payah pening nak jumpa mana, dengan minyak lagi nak fikir.