Bos Ajak Ikut Pergi Company Baru, Patut Terima Atau Tolak Tawaran Kerja Tu? - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja

Bos Ajak Ikut Pergi Company Baru, Patut Terima Atau Tolak Tawaran Kerja Tu? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Sep 28, 2016
at 2:05 AM

Semua orang pasang angan-angan tinggi untuk nak ada company sendiri dan jadi bos besar. Tipu lah kalau tak pernah ada terlintas keinginan macam tu kan. Biasa lah apabila pekerja gunakan pengalaman kerja dia sebagai panduan untuk nak bina startup company suatu hari nanti. Hal sebegini memang tidak boleh dihalang oleh majikan kerana semuanya adalah kehendak sendiri. Kalau dapat majikan yang jenis menyokong dan lagi suka mengajar untuk nak buka company sendiri itu memang luar biasa lah. Beruntung kalau korang dapat majikan sebegini.

 

 

Tapi ceritanya apabila bos tempat kerja yang korang kerja bawah dia, bercadang untuk berhenti dan buka startup company sendiri. Korang mula rasa sedih sebab tak tahu bos bagaimana pula yang bakal korang dapat, entah sikap kerja dia masuk ke dengan perangai korang kan? Yang mengejutkan apabila dia tawarkan korang untuk turut sama ikut dia ke company baru dan bekerja untuk dia. Korang memang suka dan senang bekerja dengan dia tetapi korang juga rasa seronok bekerja  di company sekarang. Jadi patut ke tolak tawaran itu atau terima?

 

Peluang kenaikkan pangkat

Memang ada kelebihannya tersendiri apabila korang ikut bos lama ke tempat baru. Korang akan rasa selamat apabila diberi jawatan baru kerana korang tahu yang korang amat berharga sebab itu lah dia tarik korang sekali. Disebabkan hubungan yang sudah terjalin sejak bekerja dahulu, korang mungkin akan menerima pelbagai manfaat atau mungkin dinaikkan pangkat kerana bos sudah tahu sikap kerja korang bagaimana dan senang untuk bekerja rapat dengan korang. Sukar untuk dia nak pecat korang kerana korang tahu dia perlukan khidmat korang dalam nak establish kan startup company. 

 

Bersedia untuk dibenci oleh colleagues

Ada juga keburukan dia apabila korang terima tawaran bos. Memang akan ada lah colleagues yang tak puas hati dengan korang dan gelar bermacam-macam nama dekat korang seperti tikaam belakang bos lah sebab lepas bekerja lepas tu cabut diri pergi join company lain pula. Tak sedar diri lah dan bermacam lagi. Jadi kornag memang buktikan pada mereka yang korang bukannya  pekerja kesayangan yang ditawarkan kerja bukan atas sebab usaha kerja korang yang berkualiti. 

 

Buat pilihan yang terbaik

Jika korang mahu kembangkan kerjaya dalam dunia korporat, terlampau bergantung atau rapat dengan bos bukan lah satu tindakan yang efektif. Korang perlu belajar untuk berdikari dan buktikan yang korang mampu berjaya tanpa sebarang pertolongan sebegitu. Kalau terus bekerja di tempat lama dan tidak bergannjak, ia juga berikan korang beberapa manfaat dan peluang. Bukan bos korang je yang nampak usaha dan komitmen korang dalam melakukan kerja, kalau betul korang ni pekerja yang berdedikasi semua orang akan nampak akan hasil kerja korang serta orang atasan sekalipun. 

Bayangkan ya, apabila bos lama koranag meletak jawatan kerana mahu bina company sendiri korang lah yang akan jadi orang yang akan menggantikan segala tugas terdahulu. Ini kerana hanya korang je yang tahu apa yang dilakukan dan faham dengan baik sekali. Apabila bos baru masuk, memang dia akan perlukan korang untuk bekerja dengan korang dengan lebih rapat. Dia akan perlukan khidmat korang atau juga sebagai partner untuk nak ambil alih tugas lama. Nampak kan? Korang mungkin akan dapat kelebihan pada masa hadapan.

Tapi kalau korang membuat keputusan untuk terus tinggal dan menolak tawaran itu, beritahu pada bos sebaik mungkin. Maklumkan pada dia sebab atau alasan kukuh mengapa kornag terpaksa tolak tawaran kerja itu. Alasan munasabah seperti mungkin berpeluang untuk dinaikkan pangkat dalam masa terdekat ini memang akan difahami oleh semua orang. Apa-apa pun lakukan pilihan yang bijak!