Lakukan 5 Tips Ni Untuk Sentiasa Perform Dalam Kerjaya Setiap Hari - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Lakukan 5 Tips Ni Untuk Sentiasa Perform Dalam Kerjaya Setiap Hari - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Sep 28, 2016
at 5:55 AM

Hairan rasanya bila tengok orang lain dapat perform kerja dengan hebatnya walaupun kerja bertimbun di pejabat. Baru dapat tugasan kedua, dah menggelabah macam ayam berak kapur. Apa agaknya yang boleh korang buat untuk sentiasa perform dalam kerjaya setiap hari? Apply 5 tips ni untuk hasil yang korang takkan menyesal :

1. Email bukan lah perkara utama korang

Decision-making ni nampak je macam senang & tak guna tenaga sangat pun tapi sebenarnya ianya satu tugas yang gunakan tenaga sampai boleh laparkan perut korang. Namun, cara korang mulakan hari sangat penting. Peraturan utama untuk kendalikan emal adalah untuk tak terus buka mahupun download email korang. Ini kerana otak korang akan dibebani pelbagai maklumat & idea. Oleh itu, objektif & matlamat utama korang pada hari tersebut terus ditenggelami dengan email yang telah korang baca tadi. Kami nasihatkan untuk korang selesaikan dulu target yang korang dah plan untuk pagi tu. Melainkan korang dapat panggilan urgent dari bos atau klien, itu pengecualian.

2. Reserve decision-making korang bila berpeluang

Keupayaan korang untuk buat keputusan yang hebat adalah sangat limited – sumber dari Your Brain at Work. Sebab tu, fikir bila perlu, dahulukan tugasan yang penting saja baru lah fikir yang kurang urgent. Lebih-lebih lagi kalau korang dapat tugasan besar, jangan terus meluru nak bahagikan tugas atau rancang tanpa dapat maklumat yang lengkap. Maklumat dah lengkap, baru korang susun strategi & takda lah kerja terbantut separuh jalan.

3. Cari & jaga rapi kualiti masa pemikiran

Bukan setiap masa korang dapat berfikir secara mendalam & terus dapat idea yang boom! Ada masa yang kami di maukerja.my sarankan pada korang untuk jaga kualiti pemikiran bagi menghasilkan idea yang bernas & kreatif. Waktu yang sesuai & terbaik untuk fokus & berfikir secara mendalam adalah awal pagi atau awal minggu seperti Isnin, Selasa mahupun Rabu.

4. Multitasking hanya lah pembaziran tenaga & waktu

Selalunya multitasking nil ah yang paling digemari kita semua & bila dapat buat rasa macam hebat & memuaskan. Hakikatnya, otak kita mampu untuk lakukan satu perkara dalam keadaan sedar pada satu masa. Bertukar membuat satu tugasan kepada yang lain hanya lah akan membazir tenaga korang sebab multitasking ni boleh menjejaskan & menurunkan prestasi korang & lebih banyak kesilapan bakal dilakukan. Macam mana kalau dapat 2 tugasan serentak kena buat? Settle kan satu per satu. Jangan biarkan fikiran korang bercelaru dengan dua perkara yang berbeza nanti hasilnya confirm tak hebat.   

5. Sentiasa Maintain Positivity

Bila dapat tegurang kasar dari bos ataupun colleague,pemikiran  korang jadi tak tentu arah, tambah lagi dengan kerja yang tiba-tiba berlambak perlu disiapkan. Dalam keadaan yang positif lah korang dapat tingkatkan kreativiti & dapat buat tugasan dengan aktif tanpa sekatan.