Wajar Lagikah Kerja Bersungguh-Sungguh? Ini 4 Faktor Penyumbang Pada Situasi Ni - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Wajar Lagikah Kerja Bersungguh-Sungguh? Ini 4 Faktor Penyumbang Pada Situasi Ni - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 3, 2016
at 3:22 AM

Tahap motivasi untuk kerja memang berada pada paras yang tinggi terutamanya korang yang baru mula bekerja. Perlu ke korang bekerja bersungguh-sungguh? Kerja bersungguh-sungguh ni kadangkala di salah tafsir oleh ramai orang. Ada yang beranggapan ianya adalah work hard sampaikan kerja lebih masa  & hingga kerja tu dijadikan sebagai rutin yang dah sebati dengan kehidupan harian. Kami di maukerja.my kongsikan beberapa faktor yang menyumbang kepada situasi ini :

1. Kerja Idaman / First job

Perkara sebegini biasa berlaku sebab nak tunjukkan first impression yang positif kepada majikan syarikat korang bekerja. Lebih-lebih lagi ianya kerjaya yang dah lama diidamkan korang. Perasaan teruja untuk selesaikan tugasan mungkin membuatkan korang rasa it’s okay kalau tak makan atau tak cukup tidur, asalkan kerja siap. Faktor kesihatan, kemampuan & keperluan diri pula dianggap sebagai penghalang untuk korang & akhirnya diketepikan.

Sebab itu lah, ramai yang sanggup bekerja lebih masa semata-mata untuk ‘buktikan sesuatu’ walaupun majikan korang tak tawarkan bayaran untuk waktu kerja lebih masa yang korang buat. Familiar dengan “you still muda, sekarang lah masanya untuk buat semua ni” ? Ini juga boleh jadi factor pemakan diri.

2. OT & duit

Kalau usaha korang membuahkan hasil (seperti bonus lebih, dapat naik pangkat), semestinya seseorang yang amalkan work smart akan tampil lebih berpotensi sebab majikan ambil kira juga cara korang seimbangkan kerja & kehidupan luar.

Realistiknya, majikan tetapkan waktu bekerja 9-to-5 (atau mungkin 6, bergantung) & waktu tu lah korang siapkan tugasan yang diberi.

3. Banyak sangat kerja

Ada juga hari dimana kerja memang berlambak sampai tak menang tangan nak buat semuanya, tambah pula dengan deadline yang terlalu dekat. Setiap kali buat tugasan, korang disarankan untuk kukuhkan lagi sikap kerjasama. Disebabkan korang nampak semua orang dalam pejabat macam busy je, korang pun memilih untuk tolak bantuan & pertolongan rakan sekerja lain.Tekanan ni lebih banyak dicetuskan oleh diri sendiri kalau nak dibandingkan dengan faktor luaran.

4. Dilema & Over- committed

Kini jarang ada organisasi yang menekankankeperluan ‘overtime’ kepada pekerja. Kerja lebih masa biasanya akan dilakukan oleh individu itu sendiri atas desakan termasuklah individu yang ‘over-comitted’ dalam membuat tugasan. Ini mendatangkan kesan yang dapat menjejaskan diri & perjalanan hidupan seharian. Mungkin aspek keperluan diri sanggup korang pinggirkan dengan alasan ‘banyak kerja’.