Korang Ditawarkan Kerja. Apa Yang Harus Dilakukan? - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Korang Ditawarkan Kerja. Apa Yang Harus Dilakukan? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 8, 2016
at 2:05 AM

Tahniah! Akhirnya berakhir sudah menunggu buat masa yang lama sebelum mendapat tawaran bekerja. Bila dah dapat kerja ni macam dah menang dalam perlumbaan dan dapat pingat emas kan? Iye lah orang tak tahu betapa sukarnya mencari kerja ni dan kalau boleh hari ditawarkan kerja, hari itu juga nak terus masuk kerja. Excited! Tapi ini adalah beberapa perkara yang perlu korang lihat sebelum menjawab job offer:

 

 

1. Jangan terburu-buru berikan jawapan

Walaupun korang memang bermati-matian mahukan jawatan itu, cuba tanyakan pada majikan jika korang boleh diberikan masa untuk berikan jawapan. Katakan yang korang mahu berbincang dahulu dengan ahli keluarga dan fikirkan ia dengan sebaiknya dahulu. Koeang perlu jadi "smart" dalam membuat keputusan. Lihat pada segala pros serta cons kerja itu. Lihat pada pengurusan office, syarikat tersebut, dan kesemua info yang penting. Jarang sekali majikan tidak mahu berikan masa buat pekerja memikirkan dahulu. Tapi jangan pula fikirkan sampai berminggu-minggu, 2-3 hari itu sudah mencukupi.

 

2. Pastikan job offer dalam bentuk bertulis

Ini sering kali terjadi kes dimana tawaran kerja ditarik balik. Ahmad bekerja sebagai pekerja IT di syarikat A, oleh kerana tidak rasa seronok dengan kerjanya sekarang dia telah pergi menghadiri beberapa temuduga di syarikat lain. Dia telah mendapat tawaran secara verbal sahaja di syarikat B. Dan kemudiannya dengan segera dia berikan notis berhenti kerja di syarikat A. Selang 3 hari majikan di syariat B mengatakan yang dia perlu fikirkan dahulu kerana ada masalah kewangan. Dia sudah pun berikan notis berhenti kerja, dan kehilangan tawaran kerja sekali gus. Ini memang selalu terrjadi. Mahu persalahkan siapa?

Sebab itu lah, setiap kali korang diberikan tawaran erja, pastikan ianya dalam bentuk dokumen bertulis. Ianya tidak perlu formal kontrak hanya sekadar kertas yang dituliskan anda diterima kerja, gaji, tarikh bermula serta manfaat yang bakal dapat juga tandatangan majikan. Jika majikan menarik kembali tawaran, sekurangnya kornag ada dokumen bertulis dan boleh minta pampasan kerana sudah berikan notis berhenti  kerja di syarikat lama.

 

3. Tanyakan pendapat orang lain

Minta pendapat orang yang anda percaya dahulu untuk mengukuhkan pilihan. Kadang-kadang kita perlukan juga pertolongan orang lain, bila diri sendiri tidak tahu mana yag harus dipilih ini lah masa sesuai untuk tanya keluarga dan kawan-kawan. Jika ada kenalan yang bekerja di syarikat yang sama lagi elok untuk minta pendapat dia.