3 Sebab Utama Bekerja Di Pizza Hut Yang Pasti Menguntungkan Anda - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

3 Sebab Utama Bekerja Di Pizza Hut Yang Pasti Menguntungkan Anda - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 16, 2016
at 4:00 AM

Nak tahu sebab utama mengapa korang kena mohon kerja di Pizza Hut? Apa kelainannya berbanding bekerja di tempat lain? Di sini kami kongsikan 3 sebab utama tersebut:

Sebab Pertama:    Banyak Lokasi Pilihan

Pertama ialah kekosongan adalah terbuka di semua cawangan Pizza Hut di seluruh Malaysia termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Penang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Putrajaya, Terengganu, Sabah & Sarawak.

 

Sebab Kedua:    Tempat Kerja Yang Sangat Menarik!

Keduanya adalah tempat kerja yang menarik & menggembirakan! Siapa yang tak nak bekerja dalam suasana kerja yang dikelilingi oleh mereka yang positif. Sesuai dengan slogan diorang "Eat, Laugh, Share".

Sebab Ketiga:    Makanan Harian Percuma Setiap Hari!

Dan antara tarikan istimewa, korang juga dapat merasai menu di Pizza Hut sebab Pizza Hut juga memberikan makanan harian secara PERCUMA kepada staf yang bekerja. Hari-hari dapat makan pizza, mesti best kan?


 

Berikut adalah kekosongan yang ditawarkan di Pizza Hut: 

 

(1)   Krew Servis

Anda seorang yang murah dengan senyuman dan suka beramah mesra dengan orang yang baru dikenali? Percaya bahawa setiap pelanggan adalah sebahagian daripada keluarga - andalah yang kami cari!

 

Keperluan Kerja:

  • 18 tahun dan ke atas
  • Minima lulusan SPM atau mempunyai pengalaman kerja terdahulu

Kelebihan Hebat Yang Ditawarkan​:

  • Makanan percuma diberikan setiap hari
  • Uniform kerja
  • Gaji asas yang menarik
  • Latihan kerja di berikan
  • Manfaat kesihatan secara percuma
  • Kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja
  • Cuti tahunan

Senarai Kerja Kosong di Pizza Hut


 

(2)   Krew Dapur

Anda gemar berkulinari di dapur? Apa kata gunakan kepakaran anda dengan bekerja sebagai kru dapur kami di Pizza Hut! Sesuatu yang sangat menarik bagi anda yang suka mempelajari sesuatu teknik baru di dalam seni masakan melalui bahan yang berkualiti sepanjang masa! Ayuh sertai kami!



Keperluan Kerja:

  • 18 tahun dan keatas
  • Minima lulusan SPM atau mempunyai pengalaman kerja

Kelebihan Hebat Yang Ditawarkan​:

  • Makanan percuma diberikan setiap hari
  • Uniform kerja
  • Gaji asas yang menarik
  • Latihan kerja di berikan
  • Manfaat kesihatan secara percuma
  • Kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja
  • Cuti tahunan

Klik Untuk Mohon Kerja di Pizza Hut Seluruh Malaysia


 

(3)   Rider (Pizza Delivery)

Berperanan di dalam mematuhi prosedur makanan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Anda perlu memberikan layanan khidmat pelanggan yang berkualiti serta interaksi yang positif & profesional kepada pelanggan di dalam mahupun di luar kedai. Selain itu, anda juga perlu melakukan tugasan lain sepertimana yang diarahkan oleh pengurus.

 

Keperluan Kerja:

  • Punyai lesen motorsikal
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Minima lulusan SPM atau punyai pengalaman kerja
  • Mempunyai sikap yang positif

Kelebihan Kerja Yang Diberikan:

  • Gaji asas yang menarik
  • Latihan kerja di berikan
  • Manfaat kesihatan secara percuma
  • Kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja
  • Cuti tahunan

 

Jangan tunggu-tunggu lagi. Segera lah klik sahaja pada link yang disediakan dan terus mohon di cawangan pilihan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau. Tak rugi kalau anda cuba.