Ada 3 Career Fair Sepanjang Hujung Tahun Ini. Jom Balun Semua Atau Korang Mengganggur Lebih Lama! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ada 3 Career Fair Sepanjang Hujung Tahun Ini. Jom Balun Semua Atau Korang Mengganggur Lebih Lama! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 20, 2016
at 9:25 AM

Semua Job Seekers yang masih lagi mencari kerja, nasihat kerjaya dari perunding atau apa pun agenda korang sekarang. Kosongkan kalendar korang dengan tarikh-tarikh yang bakal mengubah laluan kerjaya korang. Tak perlu Google lagi career fair di Malaysia, ni kami dapat maklumat eksklusif tentang Ekspo Kerjaya seluruh Malaysia! Dah bersedia nak siapkan diri ke gerbang kerjaya? Jangan lepaskan peluang korang untuk hadirkan diri & bertemu dengan bakal-bakal majikan korang!

 

>>> Ekspo Maukerja, Register Sekarang! <<<

 

(A)   Penang Career Fair

Event ini akan diadakan pada penghujung bulan November nanti jadi warga Penang standby nak pi ekspo ni. Macam-macam aktiviti yang akan dijalankan untuk korang di sana nanti. Untungnya warga Penang tak perlu pergi jauh cari ekspo kerjaya!

 

(B)   Sarawak Career & Internship Fair

Bukan saja di Kuala Lumpur je ada career fair, di Sarawak pun ada! Sekaligus dengan Internship collaboration tu yang bakal berlangsung pada 12 November 2016 di Swinburne University of Technology Sarawak Campus. Warga Sarawak yang masih mencari kerja & students yang bakal menjalani Latihan Industri get ready dengan resume korang untuk hadir ke career fair ini!

 

(C)   Ekspo MauKerja!

Jauhnya nak pergi sampai ke Sarawak, Penang cari career fair ni..Terlepas Career Fair di KL tempoh hari? Jangan runsing! Satu-satunya Ekspo Kerjaya akan berlangsung November ini bakal mengubah nasib kerjaya korang! Hadirkan diri ke Ekspo Maukerja dibawakan khas untuk orang-orang KL! Nak lebih mudah, korang boleh register nama sebelum pergi Ekspo Maukerja ni jadi korang datang lenggang kangkung tak perlu beratur nak register. Apa yang bestnya Ekspo Maukerja ni? Dapat kerja on the spot ke? Ni yang kami excited nak bagitahu yang korang confirm balik dari Ekspo Maukerja ni dengan senang hati. Nak tahu kenapa? Ikuti antara aktiviti yang kami dah rancang untuk Ekspo yang julung kalinya diadakan oleh Maukerja.my :

 

 

  • Pendaftaran / Permohonan Kerjaya

Antara aktivitinya adalah permohonan / pendaftaran kerjaya. Jadi korang tak perlu risau sebab syarikat-syarikat yang ada di Ekspo Maukerja ni adalah yang ternama & dipercayai 100% ! Bukan calang-calang syarikat ya..

  • Sesi temuduga *respon tempoh 24 jam! 

Wow! Ada ada sesi temuduga sekaligus boleh dapat respon tempoh 24 jam! Haa kan kami dah cakap korang takkan menyesal datang Ekspo Maukerja ni. Ekspress sekali, tak perlu korang resah nak tunggu jawapan dari syarikat lama-lama. 

 

 >>> Daftarlah Sekarang Untuk Ke Ekspo Maukerja! <<<

  • Bengkel Kerjaya 

Sambil cari kerja, korang akan disajikan dengan pelbagai tips yang amat berguna sewaktu sesi Bengkel Kerjaya berlangsung. Kami tak kedekut ilmu, korang akan dilengkapi sekali dengan tips-tips terkini dalam kerjaya. Kita sama-sama cari rezeki, apa salahnya kongsi ilmu.

 

 

  • Karier Talk

Sambil cari kerja korang juga berpeluang untuk dengar & saksikan sesi Karier Talk dari Perunding Kerjaya yang cukup berpengelaman! Korang juga boleh bertanyakan soalan & minta sedikit nasihat mahupun pendapat darinya untuk tingkatkan lagi pengetahuan. Sambil menyelam minum air kan? Semuanya pakej MauKerja sediakan, korang datang bawa diri & resume serta dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk temuduga nanti. Jadi make sure jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri ke Ekspo ini! Kami nak senangkan urusan korang untuk register lebih awal ke Ekspo Maukerja, jadi korang datang & pilih saja syarikat mana & jenis pekerjaan yang korang nak kerja. Ia memudahkan lagi bagi kami untuk ketahui kriteria pekerjaan yang korang nak. Jadi jangan tunggu lagi, register dengan kami sekarang!

 

 

Tak perlu merantau jauh untuk survey ekspo kerjaya kerana Ekspo Maukerja ni kami bawakan di OldTown White Coffee, Bangsar South dari 9.30 pagi - 4.30 petang. Haa! Dekat je dengan rumah korang, tak perlu pening nak cari parking sebab korang boleh datang dengan LRT atau Bas. Dari stesyen LRT Universiti juga korang boleh naik bas shuttle atau nak lebih cepat jalan kaki 5 minit saja ke lokasi ekspo! 

 

Tarikh : 5 November 2016 (Sabtu)

Masa : 9.30 Pagi - 4.30 Petang

Tempat : OldTown White Coffee, Bangsar South

Borang Pendaftaran : TEKAN SINI

 

Ajak kawan-kawan, sedara-mara datang & alami sendiri pencarian kerjaya korang di sini. Pelbagai syarikat ternama akan membuka booth di Ekspo Maukerja ni nanti. Confirm korang bakal & akan rambang nak pilih! Terlepas Ekspo Maukerja ni korang akan rugi & terlepas peluang kerjaya. Jangan menyesal di kemudian hari, pakat datang dengan semangat tinggi untuk masa depan kerjaya korang!

 

 

*Gambar yang digunakan adalah hiasan semata-mata & diambil dari Google