Kesemua 4 Perkara Ini Sebenarnya Hanyalah Mitos Dalam Interview Kerja! - Maukerja.my
# Pengetahuan Interview

Kesemua 4 Perkara Ini Sebenarnya Hanyalah Mitos Dalam Interview Kerja! - Maukerja.my

post by Izuan

by Izuan

Dec 6, 2016
at 7:29 AM

Saat genting untuk seseorang calon mendapatkan pekerjaan adalah saat pertama kali bersua dengan bakal majikan mereka, iaitu waktu interview. Disitulah penentu segala nasib calon samada boleh terima atau tidak. Seperti biasa, persediaan rapi memainkan peranan penting.

Hanya satu rahsia bagaimana calon boleh menarik perhatian majikan, iaitu tampil 'lain daripada yang lain'. Tapi bagaimana? Elakkan diri daripada nampak diri anda sama taraf seperti calon pesaing. Mereka terlalu percaya perkara-perkara mitos ini dalam temuduga kerja, sebenarnya tak semua industri menitik beratkan perkara sebegini dalam interview.

1. Ketrampilan

Memang betul tanggapan petama majikan akan lihat adalah melalui penampilan calon, berpakaian kemas sahaja tak cukup! Ia akan menampakkan anda sama dengan calon-calon lain. Beranikan diri untuk beri sedikit kelainan dalam pemakaian anda, kalau majikan sudah interview 10 calon berpakaian hitam putih. Rasa bosan majikan akan hilang jika melihat anda melangkah masuk dengan pakaian yang serba serbi menonjol.

2. Taktik Jawapan Interview

Tak semestinya apa yang telah diajar oleh pakar kerjaya itu 100% boleh diguna pakai, mungkin ia berguna bagi calon yang mendapat giliran awal. Tapi, kalau tsudah terlalu ramai yang menggunakan ayat yang sama untuk sesuatu soalan tersebut, ia amat membosankan! 

Cari jawapan lain yang lebih kreatif yang datang daripada diri anda sendiri, pastikan jawapan yang diberikan dengan cara professional. Tak salah jika masukkan unsur-unsur humor bagi memeriahkan suasana yang sunyi di bilik temuduga.

3. Pendidikan Adalah Segala-Galanya

Pernah tak anda cuba mohon sesuatu kerja yang tidak mematuhi dengan kelayakan anda tapi dipanggil temuduga? Maknanya, majikan tak pandang qulification anda. Melreka mahu lihat cara anda membawa diri, tahap keyakinan dan kebolehan anda. 

Latar belakang pendidikan bukanlah segala-galanya, tapi pengalaman dan diri anda sendiri! Pendidikan adalah sekadar picisan yang mereka mahukan kerana apa yang majikan fikir hanya calon daripada sesebuah jurusan ada kemahiran yang mereka inginkan. Tapi mereka percaya juga pada 'bakat' yang ada pada seseorang

4. Interviewer Mendominasi Sesi 

Membiarkan majikan menguasai sesei temuduga juga adalah satu simbolik bagi mereka bahawa anda seorang calon yang pasif. Jangan takut atau malu untuk bertanyakan soalan kepada mereka atau mencurahkan sebarang pendapat. Tapi biarlah kena pada waktu dan tempat, jangan cuba-cuba 'potong' percakapan majikan disaat waktu genting temuduga.

Tanya apabila majikan membenarkan calon untuk bertanya, pastikan soalan tersebut kena pada topik. Kawal rasa panik, jangan terlalu kongkonmg diri untuk berlakon tenang dihadapan mereka, jadi diri sendiri. Selamat berjaya!