Putus Asa Itu Adalah Satu Penyakit! Ini Ada 4 Cara Untuk Mengubatinya - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Putus Asa Itu Adalah Satu Penyakit! Ini Ada 4 Cara Untuk Mengubatinya - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 13, 2016
at 2:45 AM

Seseorang tak pernah lekang dengan perasaan putus asa nya, lagi-lagi kalau sering gagal. Bergelut dengan tekanan, perasaan dan emosi setiap hari mengundang kepada pemikiran yang tidak sihat. Putus asa boleh datang dari pelbagai sudut situasi, contohnya gagal dalam pelajaran, perniagaan, pencapaian dan pekerjaan. Orang yang sering putus asa ini biasa tiada motivasi diri yang boleh membimbing kepada kejayaan :

Apakah punca korang berputus asa? Setiap kegagalan itu sebenarnya adalah satu platform untuk korang lebih gigih dan bersemangat untuk capai goals korang tu. Jadi sepatutnya berputus asa itu tidak perlu wujud dalam diri seseorang. Mengikut pendapat pakar, orang yang berjaya itu tidak pernah ada perkataan malas dalam kamus hidupnya. Jadi apakah langkah-langkah yang korang perlukan jika perasaan putus asa itu muncul dalam diri? 

 

1) Otak itu yang mengawal seseorang.

Sekarang ini otak korang berkata " saya berasa penat" . Ia sama seperti juga rasa korang sudah berputus asa dan ingin mengambil jalan mudah, Iaitu berhenti lakukan. Tapi korang tidak tahu, sebenarnya otak korang lagi sebahagian mengatakan korang boleh siapkan task korang tu. Cuma perasaan malas menguasai diri. Sebenarnya korang mempunyai kebolehan untuk bangun semula walaupun sebenarnya korang tak nak. Ambil satu nota dan tuliskan apa yang korang rasa dan perlu lakukan. Letakkan satu matlamat dan susun jadual semula bagaimana ingin capai.

 

2) Perasaan itu hanya sementara.

Selalu nya korang boleh bertahan, siapkan task dengan jayanya. Entah mengapa secara tiba-tiba perasaan dan minat untuk bekerja itu tidak Ada. Yee admin faham kamu letih dan perlukan rehat. Jadi tidak apa jika korang berehat sebentar, mengambil cuti atau melakukan aktiviti yang produktif semasa cuti. Fikirkan bagaimana untuk menambaik baik dan pulihkan prestasi kerja. Gagal sekali itu bukan bermakna gagal selama-selamanya.

 

3) Korang tidak akan menyesal selepas kerja itu siap!

Hadiah yang paling berharga ialah bila korang berjaya capai yang korang inginkan! Walaupun korang berkorban masa, kehidupan dan segalanya, dan pastinya korang tidak akan menyesal dengan hasilnya. Perasaan gembira itu sangat berbaloi dibandingkan dengan pengorbanan korang selama ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya, siapa mahu pingat perak jika korang boleh capai pingat emas. Betul tak? 

 

4) Disiplin itu menyakitkan?

Bukan semua orang boleh disiplin kan diri. Ye jika boleh korang memang hebat! Salah satu bahagian paling penting ialah disiplin. Kurangkan kehidupan sosial dan banyakkan aktiviti yang membina semangat kerja semula. Tapi kerja keras dan terlebih kerja juga boleh mendatangkan mudarat. Pandai-pandailah korang menyusun masa. Contoh aktiviti produktif yang korang boleh lakukan ialah berkhemah, jungle trekking dan mungkin lakukan aktiviti lasak. Asal korang tahu, mendekatkan diri dengan alam ini dapat menambahkan aura positif.

Takkan lahir terus berjaya. Mestilah korang ada pendidikan dari kecil hinggalah dewasa dan membuat keputusan sendiri. Bercakap mengenai membuat keputusan, ragu-ragu salah satu punca korang berputus asa. Jadi perlu lah yakin dan berfikir positif setiap masa. Bukan ini sahaja, malah banyak alternatif lain yang korang boleh lakukan untuk hilangkan rasa putus asa itu. Sebenarnya putus asa itu adalah satu penyakit yang mudah dapat dan mudah juga diubati. Jangan bimbang kerana setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Ikut kata sendiri sama ada mahu atau tidak mahu.