Nak Ubah Seseorang Kenalah Ada Caranya, Ini 5 Cara Untuk Nak Ubah Colleague Korang Yang Pemalas Tu
# Pengetahuan Pekerja

Nak Ubah Seseorang Kenalah Ada Caranya, Ini 5 Cara Untuk Nak Ubah Colleague Korang Yang Pemalas Tu

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 14, 2016
at 2:47 AM

Memandangkan korang ni orang yang paling rajin dan professional kat office, mestilah nak sebarkan kebaikan dekat office kan. Lagi-lagi dapat coworkers yang pemalas. Geram je rasa, walaupun hasil kerja nya baik tetapi sikap nya yang tidak ringan tulang boleh menyusahkan orang lain. Jadi tugas korang lah untuk ubah seseorang tu menjadi lebih baik. Bukan mudah dengan cara drastik. Tapi bagi kesedaran tu pun sudah cukup.

Jika memang korang mampu memberi motivasi kepada seseorang. Mengapa tidak untuk melakukan? Bukan setakat memberi kesan positif kepada diri sendiri. Tetapi kepada orang lain juga. Niat korang bukan tunjuk bagus. Tetapi membantu orang untuk jadi lebih baik. Memanglah mengubah sikap individu tu bergantung kepada diri sendiri. Tetapi kita ni sebagai orang sekeliling haruslah memberi sokongan dan bantuan. Jadi apakah yang patut korang lakukan? 

 

1) Jadikan diri sebagai contoh.

Nak merubah seseorang. Haruslah tengok diri sendiri dulu. Ye walaupun kita boleh memberi nasihat kepada sesiapa, walaupaun apa status kita. Tetapi jangan lah sesekali mengaibkannya. Bukannya "Buat apa yang saya suruh. Bukan jadi macam saya". Itu sudah seperti memberi arahan. Tetapi jadilah contoh yang positif dan baik. Kalau korang baik dan tidak mendatangkan masalah kepada coworkers. Mereka pun mungkin fikir "mengapa saya harus susahkan orang lain". Jadi perwatakan di depan orang tu penting.

 

2) Cadangkan apa yang mereka boleh buat / capai.

Goal ada sesuatu yang boleh membuat diri kita lebih motivasi kerana selalunya goal ini adalah sesuatu yang kita hendak capai / kejar. Jadi memandangkan korang nak tolong mereka. Cuba memberi cadangan apa yang patut coworkers tu capai semasa kerja. Bukan long term tetapi short term yakni jangka masa pendek. Contoh siapkan task kerja. Mendapat perhatian dari boss atau manager dan boleh juga memberi sumbangan sesuatu kepada company. Selain itu boleh juga mengubah karakter mereka secara perlahan. Boleh dimulakan dengan ringan tulang membantu coworkers lain. Walaupun idea itu tidak boleh diguna. Sekurang-kurangnya korang mempunyai keinginan untuk membantu.

 

3) Berikan feedback yang positif.

Feedback seseorang boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Walaupun perubahan itu kecil. Apa salahnya jika beri komen yang positif. Dan jangan sesekali mengungkit keburukannya kerana bimbang mereka akan kembali ke perwatakan lama. Memuji mereka contohnya "Wow anda boleh masak, Saya tidak boleh lakukan itu". Mesti coworkers korang tu akan senyum kambing. Hehe! Percayalah ia akan memberi impak yang positif. Memang susah untuk berikan komen yang negatif, kerana bimbang mereka tidak selesa. Tetapi lebih elok jika secara peribadi kerana ini penting untuk kerjaya mereka.

 

4) Ambil kesempatan dengan kemalasannya.

Ada sesetengah negara melarang merokok di tempat kerja. Jadi para pekerja harus berjalan jauh ke zon merokok. Korang juga boleh buat peraturan seperti itu jika berkesampata dan mengikut kesesuaian. Contohnya melarang bermain smart phone semasa waktu bekerja. Jadi mereka akan lebih fokus melakukan kerja dan lebih berkomunikasi dengan para pekerja lain. Walaupun sukar, korang juga boleh cari idea lain. Memanglah tidak masuk akal. Tetapi ia untuk kepentingan mereka, syarikat dan diri korang sendiri.

 

5) Cipta sokongan dari orang sekeliling.

Dari mengumpat dengan coworkers korang mengenai sikap buruk seseorang ini. Kan lebih baik jika korang mengajak mereka untuk ubah coworkers yang bermasalah itu. Kalau korang sahaja yang berfikiran yang positif tetapi tidak yang lain. Apa guna kan? Cipta lebih besar zon aura positif itu. Jadi mereka akan lebih gembira dan bersemangat untuk melakukan kerja. Buatkan seperti mereka masih ada tempat di company tu.

 

Yang penting niat itu betul dan bukan untuk hanya bermegah. Mungkin mereka ini masih tidak matang, dan tiada minat bekerja. Jadi tugas korang lah untuk menaikkan kembali minat itu. Memang berubah itu ikut diri sendiri. Kita sebagai orang sekeliling harus membantu. Apa salahnya berbuat baik dengan orang kan? Dan jika walaupun mereka tak nampak kebaikan itu. Sekurang-kurangnya korang seronok dan lega lakukan. Mungkin korang tak suka tengok orang bermalas-malas ini. Yelah gaji dapat tetapi kerja kelaut. Siapa yang suka kan? Mulakan langkah ini untuk membantu coworkers bermasalah korang tu.