Apa Yang Bagus Sangat Sertai Program Sukarelawan ni? Maukerja.my
# Gaya Hidup

Apa Yang Bagus Sangat Sertai Program Sukarelawan ni? Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 14, 2016
at 9:00 AM

Tak semua orang bernasib baik, mungkin korang diatas dan orang lain di bawah. Mereka mungkin tersilap ambil langkah dalam menentukan masa depan. Pada masa kini, dengan kesempitan hidup dan ekonomi semakin meningkat, golongan gelendangan 'Homeless' semakin bertambah tak kira di mana sahaja. Lagi-lagi di kuala lumpur, boleh dikatakan setiap pelusuk dan ceruk kelihatan golongan ini. Apakah punca nya? Adakah mereka sendiri yang pemalas untuk mengubah nasib hidup. Ataupun kerana memang tidak berkemampuan. 

Korang sebagai warga yang bernasib baik. Apakah yang patut korang lakukan untuk bantu mereka? Memberi sumbangan, sedekah dan bermacam-macam lagi sebenarnya. Banyak badan-badan NGO yang menubuhkan program untuk membantu golongan-golongan gelendangan ini. Memandangkan korang sibuk kerja sepanjang hari. Tiada masa untuk membantu golongan ini. Sebenarnya banyak kelebihan yang boleh korang dapat kalau join program ini. Apa salahnya jika korang lakukan perkara yang lain dari yang lain.

Kenapa?

Kerja sukarela ini ialah membantu orang yang memerlukan. Mengikut kajian, lebih banyak sukarelawan membantu, lebih gembira golongan-golongan ini, mereka boleh lega kerana masih ada yang baik hati dan sanggup untuk membantu. Percayalah kadang-kadang walaupun dia keuntungan buat diri kita. Tetapi kita berasa seronok dan berpuas hati. Ini antara faedah-faedah yang boleh korang dapat semasa melakukan aktiviti sukarelawan :

 

1) Menghubungkan korang dengan orang lain.

Salah satunya ialah ia memberikan impak yang positif kepada komuniti, dan aktiviti sukarelawan ini merangkumi manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Walaupun apa yang korang lakukan hanya kecil. Tetapi memberi perbezaan yang besar kepada komuniti. Selain itu kalau korang join aktiviti ini. Dapat lah juga menaikkan aktiviti sosial korang yang lebih sihat, berjumpa dengan orang baru. Lagi-lagi korang berada di tempat yang baru, mesti akan berjumpa lebih ramai orang. Dan siapa tahu mungkin selepas ini semua orang akan mengenali korang.

 

2) Betul ke bagus untuk kesihatan minda dan badan?

Aktiviti ini memberikan kesan positif kepada fizikal badan. Lagi-lagi jika bekerja sebagai penyelamat haiwan dan tumbuhan. Korang akan dianggap hero selain itu dapat melepaskan tekanan. Menurut kajian, membantu orang dalam kesusahan ini dapat meningkatkan kegembiraan seseorang. Semakin banyak kita memberi, semakin gembira lah kita. Tapi jangan terlebih gembira pulak, takut orang kata korang giler. Hehe! Korang tidak mempunyai keyakinan diri dan jarang bercakap dengan orang? Aktiviti ini adalah satu platform untuk membantu korang yang memang tiada keyakinan tu.

 

3) Dapat mencantikkan lagi karier korang.

Ia adalah jalan yang terbaik untuk meningkatkan pengalaman yang berkualiti korang. Walaupun aktiviti ini bukannya korang menukar kerjaya tetap, ia adalah aktiviti yang digunakan semasa kerja. Contohnya kerja berpasukan, komunikasi, menyelesaikan masalah, plan projek, menguruskan dan organisasi. Ia seperti memberi jalan peluang kerjaya yang baru untuk korang. Walaupun kerja sukarelawan tidak bergaji, korang membantu sebagai penyelamat dan selain itu meningkatkan kesedaran orang ramai. Letak pengalaman korang dalam resume kerja. Siapa tahu bakal boss korang suka dan ambil korang bekerja. 

 

4) Sukarelawan memenuhi kehidpuan korang.

Selama ini korang mungkin mencari apa yang patut korang lakukan dan berjasa kepada masyarakat. Aktiviti dapat membantu membimbing korang untuk mencari jawapan. Setiap hari asyik dengan rutin harian yakni bekerja, menghadap kesesakan lalu lintas dan jemu berjumpa dengan orang yang sama. Asal korang tahu, ia dapat memberi kembali tenaga korang, menjadi seseorang yang lebih kreatif, bermotivasi dan mempunyai visi. Aktiviti sukarelawan ini juga boleh dijadikan sebagai hobi. Daripada korang duduk menghadap komputer 24 jam. Apa kata pergi keluar dan join aktiviti tanam tumbuh-tumbuhan, selain dapat menyihatkan otak. Dapatlah juga selamatkan bumi.

 

Macam mana nak cari aktiviti ini? Banyak je badan-badan NGO yang mempromosikan aktiviti mereka di talian. Korang boleh google sahaja, facebook dan twitter juga adalah satu laman sosial untuk mencari maklumat. Jangan takut untuk melakukan perubahan kerana ia kebaikan untuk diri korang sendiri. Tak kiralah siapa dan apa yang korang membantu. Yang penting ikhlas dan dapat mengembirakan hati orang ramai. Yang penting korang enjoy melakukan dan tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Hanya perlu berkorban sedikit masa.