Di Sini Ada Kerja Part Time Guru Tuisyen Dengan Gaji Mencecah RM5,000!
# Jenis Pekerjaan

Di Sini Ada Kerja Part Time Guru Tuisyen Dengan Gaji Mencecah RM5,000!

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 18, 2016
at 7:56 AM

Memandangkan korang boleh dikatakan mahir dalam mengajar dan berpendidikan. Haa disini ada berita baik sebagai guru tuisyen part time.Yang paling teruja ialah gaji yang pihak Pure Eloquence SDN. BHD. ni berikan mencecah RM 5,000 sebulan! Jadi korang nak kerja part time tetapi gaji yang banyak? Disinilah tempatnya. Lagi-lagi korang mempunyai degree dan pengalaman mengajar. Memang bertuah lah korang sebab mungkin kerja ini milik korang! Sebelum mohon tu kena lah mohon dulu dan baca apa yang mereka perlukan :

Keperluan

  • Mencari pekerja yang inovatif dan mempunyai kelayakan sebagai guru untuk akademik kami. Bekerja keras dalam mengajar. Seorang professional dan bagus dalam mata pelajaran dan memahami kokorikulum sekolah.
  • Pemohon mestilah seorang yang bermotivasi dan boleh memberi inspirasi kepada para pelajar.
  • Mempunyai minat dalam mengajar, boleh menguruskan masa, bekerja keras dan bertanggungjawab.

 

Tanggungjawab

  • Jawatan mengajar untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.
  • Pemohon mesti mempunyai ijazah.
  • Subjek yang diperlukan : Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Sains, Bahasa Melayu dan sebagainya.

 

Manfaat tambahan

  • KWSP, SOCSO

 

Lokasi Pekerjaan

No 16-3, Jalan 23/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, 50480, Malaysia.

Jadi penduduk yang berada di Desa Sri Hartamas dan yang berdekatan tu. Mungkin ia kerja pilihan korang. Walaupun  korang tidak pernah mengajar, tetapi korang ni golongan yang professional pun digalakkan untuk memohon. Tulis panjang lebar pun tak guna. Apa kata korang mohon sekarang dan jangan tunggu lagi.