Ini 5 Sebab Korang Tak Patut Bandingkan Kerjaya Sendiri Dengan Orang Lain - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ini 5 Sebab Korang Tak Patut Bandingkan Kerjaya Sendiri Dengan Orang Lain - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 19, 2016
at 3:21 AM

Hidup ni kalau tak buat perbandingan dengan orang lain memang tak sah kan? Bila berbincang tentang kerjaya semestinya kita semua akan buat perbandingan, lebih-lebih lagi dengan rakan korang. Umur sama, bidang kerjaya sama. Namun disebabkan korang masing-masing dah bekerjaya, perbandingan kerjaya adalah sesuatu yang perlu bagi meningkatkan & memperbaiki kerjaya korang. Niat tersebut ternyata sering dilakukan oleh ramai orang, tapi korang kena renung 5 perkara kenapa korang tak patut bandingkan kerjaya sendiri dengan rakan masing-masing : 

1. Tak dapat membantu prestasi kejayaan korang

Memang bagus jikalau korang mahu bersaing secara sihat asalkan ianya tidak melampaui tenaga & aspirasi positif korang. Kalau korang terlalu sibuk dengan situasi rakan korang, kerjaya korang memang tertinggal begitu je. Nak tingkatkan prestasi kerjaya tak sukar, korang perlu ketepikan perbandingan kerjaya sendiri dengan rakan yang lain. Hanya fokus pada yang satu. 

2.  Boleh meracuni pemikiran & perspektif

Bila korang rasa tak happy dengan kerjaya korang sebab rakan yang lain tampak lebih hebat, mula lah berifkir macam-macam kan? Awas. Pemikiran & tabiat negatif sebegini adalah racun kepada segalanya termasuklah perspektif korang terhadap sesuatu perkara. Ianya boleh mengganggu korang secara emosional. 

3. Membazir masa je!

Perasaan cemburu terhadap rakan korang akan bertukar jadi benci. Jangan semakkan kepala korang dengan perasaan sebegini kerana ia sememangnya tidak berbaloi. Banyak lagi perkara yang boleh korang fokus daripada nak menyibukkan diri bandingkan dengan rakan korang tu. Ambil lah peluang ini untuk menjadi lebih positif & produktif bagi meningkatkan prestasi kerjaya korang. Ini bukanlah penghujung dunia buat korang untuk bersedih & menganggap betapa kesiannya kerjaya korang ni, jadi jangan pernah lupa untuk gembirakan diri korang. 

4. Kerjaya korang kebarangkalian tak setanding untuk dibandingkan 

Nak buat perbandingan kerjaya korang dengan rakan lain pabila gaji mereka lebih tinggi, atau hanya sekadar bekerja dalam bidang sama tetapi berlainan syarikat, jawatan, persekitaran bukanlah sesuatu yang patut korang lakukan. Melainkan korang berdua mempunyai pengalaman yang sama, bekerja di department tapi berlainan gaji. Ya korang boleh buat perbandingan. 

5. Kenyataan sebenar kerjaya rakan korang yang awesome tu 

Bila dah bercerita tentang kerjaya masing-masing, sudah tentunya korang akan dengar elemen yang hebat & best belaka. Mungkin dari situ korang dah mula rasa cemburu & mahu bersaing. Kadangkala korang tersalah tafsir apa yang dikatakan oleh rakan tersebut. Namun, perkara yang tak berapa best di tempat kerja mereka jarang sekali dikongsikan melainkan mereka adalah rakan baik korang kan? Jadi, elakkan daripada membuat kesimpulan terlalu drastik kerana mungkin rakan korang hadapi tekanan & stress yang jauh lebih teruk berbanding korang.