Lulusan SPM & Diploma Kini Boleh Dapat Gaji Sehingga RM 3,000 Di Brands Outlet Kajang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Lulusan SPM & Diploma Kini Boleh Dapat Gaji Sehingga RM 3,000 Di Brands Outlet Kajang - Maukerja.my

post by Izuan

by Izuan

Jan 3, 2017
at 7:23 AM

Meh sini kami tolong, khusus bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Selangor tak perlu nak kusut-kusut lagi sebab kami nak bantu korang ni, apa kata kerja di Brands Outlet. Berdasarkan tajuk yang korang baca di atas, ya! Brands Outlet memang ada kerja kosong sekarang, bukan satu tapi 2 jawatan kosong khas bagi lepasan-lepasan SPM dan Diploma diluar sana.

Ada kerja yang boleh bagi gaji purata sehingga RM 3,000 sebulan tau! Nak tahu kerja apa? Jom tengok ni.

 

1. Cashier

Ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi Cashier tak ada beza pun, cuma kerja dia korang kena kendalikan proses pembayaran dari pelbagai jenis bayaran yang dibuat oleh pelanggan samada tunai ataupun kad kredit.  Pastikan semua transaksi jualan di lakukan dengan elok.  Kerja di Brands Outlet ini ada bermacam-macam manfaat yang boleh diterima.
 

Lulusan sekurang-kurangnya SPM sudah cukup memadai untuk bekerja sebagai Retail Sales Advisor ini, tak ada pengalaman pun tak apa. Asalkan ada sikap mesra pelanggan dan sanggup untuk bekerja pada hujung minggu, shift dan cuti umum dah cukup. Kalau tak minat juga apa kata mohon lagi satu kerja ini.

Manfaat Lain

  • Bonus Pretasi
  • Cuti tahunan
  • Perlindungan perubatan
  • Perlindungan Insurans (GHS, GPA & GTL)
  • Diskaun Staff
  • Latihan


* Tertakluk pada terma & syarat

LOKASI : Tesco Extra Kajang, Selangor

Beruntung bagi sesiapa yang bekerja di Brands Outlet ini. Kerja di tempat shopping, kalau nak beli baju ada je depan mata. Dah tu dapat diskaun pula tu. Bila dah mohon, kerja elok-elok tau! Selamat berjaya!

 

Permohonan Atas Talian

KLIK DISINI ===> Cashier

KLIK DISINI ===> Retail Sales Advisor