Nasihat Berguna Penemuduga Ini Pasti Akan Menambat Hati Majikan Kalau Diamalkan - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Nasihat Berguna Penemuduga Ini Pasti Akan Menambat Hati Majikan Kalau Diamalkan - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 4, 2017
at 5:12 AM

Siapa je yang tak gerun apabila kena datang temuduga kerja kan? Ada orang yang bagus dalam menulis tetapi terketar-ketar kalau berhadapan dengan orang. Ada wujud tau orang sebegini. Tak tahu lah kalau korang macam mana tetapi memang tidak boleh dinafikan ada wujud orang sebegini. 

Sekarang ni nak bongkarkan beberapa tips berguna yang bukan datang dari mulut-mulut orang biasa tetapi dari penemuduga sendiri. Kesemua tips ni pasti akan membuahkan hasil dan melayakkan korang mendapat kerja tersebut.

Pertama sekali, persiapan temuduga:

1. Tidur dengan secukupnya

Malam sebelum korang ada temuduga perasaan dia bercampur-baur sama macam kalau nak exam kan? Mula lah kepala tu ligat memikirkan macam mana lah nak lalui hari esok dan bermacam lagi. Baik lah korang berhenti berfikir sebegitu dan rehatkan diri. Korang mengelabah malam itu pun bukannya boleh ubah apa-apa betul tak? Jadi pakar penemuduga menyarankan agar korang dapatkan tidur secukupnya iaitu sekurangnya  7 jam.

 

2. Bangun dengan rasa yakin

Selepas kesemua perasaan bercampur-baur tu, akhirnya korang pun berjaya untuk tidur. Tips nya di sini ialah korang perlu bangun dengan perasaan yakin. Berikan kata motivasi kepada diri sendiri sebelum memulakan hari. Lihat pada cermin dan ingatkan kembali pada diri kesemua kualiti yang ada dalam diri korang tu. Fikirkan kesemua perekara positif dan buang cela dan kekurang koranag itu untuk sementara waktu. 

 

3. Pakai baju yang terbaik korang ada

Pastikan korang pilih baju yang terbaik ada dalam almari dan yang boleh buatkan korang rasa yakin. Mungkin selama ini koranga da baju special yang dipakai sewaktu masa-masa penting je dan yang boleh buat korang yakin. Walaupun sepasang stokin yang bawa tuah pun korang boleh pakai juga tau. Kajian menunjukkan yang pemakaian korang tu boleh impress kan tahap keyakian tau. 

 

4. Pastikan korang dapat tepat pada masanya

Tepat pada masanya memang sangat penting. Lebih baik untuk korang datang awal daripada terlambat. Pastikan korang pasang alarm dan pastikan yang semuanya sudah siap sedia. Tepati masa ini sangat penting untuk menunjukkan yang korang ni boleh diharapkan. 

 

Sewaktu temuduga berlangsung

1.  Postur badan

Saat pertama lah yang paling genting sekali. Cara korang berjalan, dan perkenalkan diri semuanya sangat penting dan akan beri impak kepada penemuduga. Jadi pastikan korang berhati-hati untuk berjaya berikan impression yang bagus. 

 

2.  Senyum!

Senyuman tu bak kata orang boleh cairkan hati sesiapa je. Ianya menunjukkan yang korang ni peramah, mesra, yakin, dan juga seorang yang menarik. Senyum juga boleh membuatkan korang kurang rasa gemuruh dan ia juga akan buatkan korang rasa yakin. 

 

3. Perkenalkan diri dengan cara yang betul

Penting untuk korang ikut 2 langkah ini. Pertamanya cara korang berjabat tangan dengan penemuduga dan bagaimana cara korang perkenalkan diri. Pastikan korang bercakap dengan jelas dan kuat untuk menunjukkan yang korang ni seorang yang berkaliber. Berkomunikasi dengan jelas dan professional juga. 

 

4. Eye contact tu penting tau

Penting betul untuk ada eye contact kerana ianya menunjukkan yang korang ni seorang yang berkeyakinan, hormat dan bagus. Ia juga menunjukkan yang korang ini boleh dipercayai. Kata orang kalau seseorang itu suka lihat sekeliling sewaktu bercakap, mereka tidak jujur pada diri sendiri.

 

5. Jangan suka membongkokkan diri

Membongkok diri ni tak baik tau. Orang yang nampak pun tak berapa nak suka sangat. Jangan juga biarkan kaki korang tu terbuka macam tu je. Nampak tak manis sangat dan penting juga untuk ingat janngan suka berpeluk tubuh. Cuba untuk tampil seperti gentlemen ataupun ladies sikit baru lah nampak manis.