Lihat Apa Kata Mereka Mengenai EKSPO MAUKERJA 2.0. Memang Gempak! - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Lihat Apa Kata Mereka Mengenai EKSPO MAUKERJA 2.0. Memang Gempak! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 9, 2017
at 5:44 AM

 

17 Disember lepas menandakan penutup untuk tahun 2016 yang amat gemilang buat Maukerja. Boleh dikatakan Maukerja menutup tirai dengan pengalaman serta memori yang tidak dapat dilupakan kerana berlangsungnya EKSPO MAUKERJA 2.0 yang berjaya dengan cemerlangnya. Terima kasih diucapkan kepada kesemua mereka yang hadir dan yang berpenat-lenah bersama Maukerja dalam menjayakan ekspo ini. Kerana anda semua lah Maukerja berjaya mengaut 13,000 job seeker yang daftar secara online, 5,000 job seeker yang datang untuk mengisi kekosongan kerja sebanyak 6,000 tau. 

Apa yang menakjubkan 15% calon telah berjaya ditawarkan kerja dan 41% pula berjaya tersenarai untuk temuduga kedua. Terima kasih atas sokongan anda dan ternyata temuduga serta-merta serta respond dalam tempoh 24 jam yang diguna pakai untuk EKSPO MAUKERJA ini mendatangkan hasil yang positif! 

Sepanjang ekspo ini berlangsung, banyak momen-momen penting dan maklum balas positif dari rata-rata pengunjung juga recruiter yang berpuas hati kerana semuanya berjalan dengan lancar. 

 

Jom lihat apa yang job seekers katakan mengenai EKSPO MAUKERJA 2.0:

 

"Ekspo ni sangat teratur"

 

Salah seorang job seeker yang datang untuk EKSPO MAUKERJA 2.0, Asyraf yang berumur 21 tahun berkongsi pendapat bahawa ekspo ini sangat teratur dan ada bermacam pilihan syarikat yang boleh dimohon. Kesemua pengunjung mempunyai peluang untuk mohon mana-mana syarikat yang mereka mahukan dan kalau tidak yakin dengan satu syarikat, boleh cuba untuk mohon di syarikat yang lain pula. 
 

"Sangat membantu untuk fresh graduate"

Firdaus yang merupakan fresh graduate merupakan salah seorang dari 5,000 job seekers yang hadir ke ekspo tersebut. Bagi Fresh graduate sepertinya yang tiada pengalaman kerja, iannya amat membantu kerana ekspo ini menyediakan pelbagai info serta tips untuk hadir temuduga kerja dan bermacam lagi info yang berkaitan dengan kerjaya. 

 

Apa pula kata recruiter yang menyertai EKSPO MAUKERJA 2.0?

 

" Unik kerana ada open interview"

 

Mengikut pengalaman recruiter team dari Baskin Robbins, EKSPO MAUKERJA 2.0 ini memang sesuatu yang lain daripada lain dan di luar jangkaan mereka. Ternyata ekspo ini cukup unik dibandingkan dengan ekspo lain yang mereka pernah sertai. Ini kerana EKSPO MAUKERJA 2.0 ada melakukan temuduga terbuka, yang merupakan sesuatu yang baru. Terima kasih pada Maukerja, Baskin Robbins berjaya mendapatkan 130 sesi temuduga kerja.

 

" Candidates semuanya bagus" 

Calon-calon yang hadir ekspo ini semuanya bagus, mengikut recruiter team dari Teledirect. Calon yang melalui temuduga juga kebanyakkannya cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan ini adalah apa yang dicari oleh Teledirect, untuk jawatan sebagai Customer Service dan berjaya untuk melakukan 106 sesi temuduga kerja.

 

" Crowd beyond our expectation"

Sungguh teruja betul recruiter team dari Sunway Malls untuk turut serta dalam ekspo Maukerja ini. Memang team kami akan pastikan yang sambutan amat gempak sekali dan itulah yang dikongsi oleh team Sunway Malls. Lokasi ekspo ini amat strategik dan mudah untuk dicari. Suasana persekitaran juga selesa dan santai. Mereka berjaya melakukan 130 temuduga pada hari tersebut.

 

"Get a lot of candidates in a short period" 

 

Poh Kong Jewellers salah satu syarikat yang turut serta dalam EKSPO MAUKERJA 2.0 ini berkongsi yang ianya adlah satu ekspo yang bagus. Terlalu ramai job seeker yanng hadir dan mereka dapat banyak calon dalam masa yang singkat sahaja. 

 

" Dapat double dari apa yang kami target"

AEON Co. (M) Sdn Bhd berjaya melakukan lebih 243 temuduga kerja sepanjang tempoh ekspo berlangsung. Ianya memang sesuatu yang bagus buat majikan serta job seekers dan sudah pasti mencapai target mereka. Mereka mencari 100 calon dan berjaya temuduga 2x ganda dari jumlah sebenar. Ianya memang di luar jangkaan.

 

" Kesemua kekosongan kerja sudah penuh" 

Sebanyak 132 temuduga kerja berjaya dilakukan oleh Sushi King dan kesemua kekosongan kerja berjaya dipenuhi dalam masa satu hari sahaja. EKSPO MAUKERJA ini amat sistematik, suasana pula sangat bagus dan lokasi yang strategik. Mengikut recruitment team Sushi King, sudah pasti mereka akan berkolaborasi dengan Maukerja di masa hadapan.

 

" A very good experience and exposure for Koi" 

 

Koi Cafe dari Singapura ini turut menyertai EKSPO MAUKERJA dalam usaha mencari lebih banyak tenaga kerja terlatih dari Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Ini merupakan kali pertama untuk recruiter team mereka melakukan recruitment luar dari Singapura. Ekspo berjalan dengan lancar sehingga 13,000 job seekers yang daftar secara online. Ianya memang menakjubkan.

 

" Calon yang hadir ada potensi dan minat"

Oleh kerana Resorts World Genting sedang meluaskan organisasi mereka, kini mereka sedang mencari ramai calon untuk mengisi kekosongan yang ada. Calon yang hadir sangat bagus, mereka mempunyai potensi dan minata yang mendalam pada jawatan yang ditawarkan oleh Genting. Sebanyak 132 sesi temududga berjaya berlangsung sepanjang ekspo berlangsung.

 

" Kali kedua Watsons menyertai EKSPO MAUKERJA"

Tahniah buat recruitment team Watsons yang menyertai ekspo Maukerja buat kali kedua. Ini kerana mereka percaya yang mereka mampu untuk mengambil bekerja secara serta-merta. Sebanyak 250 lebih temuduga berjaya dilakukan oleh team Watsons dan ianya memang bagus sekali. 

 

Terima kasih dari team Maukerja buat anda semua!

Diharapkan agar sokongan padu anda semua akan tetap berkekalan dan teruskan menyokong Maukerja, Jadikan website Maukerja pilihan pertama untuk mencari kerja kosong. Nantikan ekspo kami yang bakal datang tidak lama lagi.