Korang Memang Bukan 'True Fans' Starbucks Lah Kalau Takde 13 Sikap Ini - Maukerja.my
# Gaya Hidup

Korang Memang Bukan 'True Fans' Starbucks Lah Kalau Takde 13 Sikap Ini - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Jan 10, 2017
at 4:42 AM

Siapa kat sini penggemar Starbucks? Kami akui memang suka dengan minuman yang sangat famous untuk penggemar kafein ni? Dan merasakan ia adalah rasa kopi yang sebenar dan rasa yang sangat sedap. Starbucks sinonim dengan rasa-rasa yang unik yang dikeluarkan dari musim ke musim, promosi sepanjang tahun dan memberi penghargaan untuk pelanggan tetapnya!  

Walaupun harganya mungkin sedikit mahal, tetapi masih mampu milik, ia agak berbaloi sekata dengan hasil yang diberikan. Yelah kami percaya, mesti korang sebagai penggemar Starbuck ni, hampir setiap minggu, malahan mungkin setiap hari akan membeli minuman ini. Korang ada kad Starbucks? korang ada selalu subscribe email Starbuck? Kalau korang ni betul 'True Fans Starbucks'. Inilah perkara yang peminat Starbucks je tahu : 

 

1) Rewards? Yee Rewards!!

Kalau dah beli Starbucks pun banyak, mesti ternanti nantikan rewards dari mereka yang lain dari lain tu. Kadang-kadang ia boleh jadi benda yang sentimental value sebenarnya. Bukan senang nak dapat. 

 

2) Starbucks ni macam rumah kedua korang.

Yelah, korang boleh lepak-lepak dan chill sebab ada wifi percuma, selain tu dessert Starbucks kami mengaku memang sedap!!

 

3) Teruja bila masuk je pintu starbucks.

Jejak je kaki ke dalam pintu Starbucks, korang dah boleh hidu bau aroma nya yang sangat mengujakan. Selain itu kebanyakannya dekorasi kedai Starbucks ni sangat menarik.

 

4) Bila Barista dah tahu nama korang.

Yelah dah korang ni memang pelanggan tetap, mesti ada sesetengah Barista ni ingat nama korang, kadang-kadang siap tulis nama kat cawan tu ada simbol 'LOVE' . Rasa dihargai.

 

5) Berhabis duit untuk minuman.

Langsung tak kisah, asalkan korang dapat apa yang dimahukan, kalau rasa berbaloi dan memang perkara wajib perlu dilakukan, apa salahnya kan? 

 

6) Pelanggan level GOLD!!

Kalau lah Starbucks ni sesuatu permainan. Mesti korang ni user paling 'MASTER' dan 'UNLOCK' semua benda yang mereka keluarkan. hehe! 

 

7) Tak boleh mulakan hari tanpa Starbucks.

Nak Starbucks! Nak Starbucks! hari korang macam tak lengkap jika tak minum air Starbucks! 

 

8) Setiap masa check apps Starbucks.

Setiap masa, mesti tertunggu-tunggu promosi dari Starbucks. Dapat je email terus serbu kedai mereka.

 

9) Soalan annoying bila kawan korang tanya 'Berminat nak kirim Starbucks'.

Macam tak patut tanya je soalan begini, mestilah korang nak kan, kata orang tak payah pelawa pun korang tetap akan beli.

 

10) Bila Barista buat pesanan yang salah.

Order lain dapat lain. Adoi mesti mood rosak terus haritu, tak tahu sebab apa tapi rasa geram juga bila tak dapat apa yang kita inginkan.

 

11) Tiada makna sehari secawan kopi.

Heyy siapa kata sehari secawan kopi? Pagi lain, petang lain dan malam lain tau!

 

12) Dah memang hafal semua bahan-bahan.

Sampai terlalu obses, dan kenal semua 'secret ingredient' Starbucks, ambil masa untuk buat research.

 

13) Impikan kerja di Starbucks HQ.

Kalau lah memang memenuhi keperluan, memang idaman korang lah nak kerja dengan Starbucks HQ ni. 

 

Bukan niat nak menunjuk ke apa, tapi dah memang hobi dan ini rutin korang lakukan, apa boleh buat kan, ia untuk kepuasan diri sendiri juga, walhal kita sudah seperti menetapkan bajet khusus untuk hobi kita sendiri. Dan kenapa perlu dengar cakap orang lain, apa yang korang suka dan buat, lakukan je tanpa ambil kisah.