Nak Menjawab Dengan Boss Pun Jangan Gunakan 4 Ayat Ini - Maukerja.my
# Gaya Hidup

Nak Menjawab Dengan Boss Pun Jangan Gunakan 4 Ayat Ini - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Jan 12, 2017
at 3:28 AM

Walaupun ia nampak macam perkara biasa dan kecil, kadang-kadang sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh jadi kesan pada kerjaya korang juga. Ia adalah komunikasi, memang sesetengah kita suka menjawab kan dengan boss? Tetapi kalau memang ia salah kita, takkan masih nak menjawab? Kalau korang ingin memajukan diri dan kerjaya korang tu, komunikasi itu sangatlah penting. 

 

Professional seseorang tu berdasarkan bagaimana komunikasi dan sikap nya. Yang penting korang perlu ingat ialah tak semua perkara tu korang je yang betul boss korang salah, dan mungkin juga boss korang betul juga. Tapi ini antara 4 ayat yang memang boss korang tak suka dengar. Jadi kalau nak mempersoalkan pun tak guna. Betulkan jelah kalau ada yang salah tu. 

1) Saya takde masa lah boss.

Memandangkan syarikat korang tu tidak lah berapa besar sangat, dan mempunyai jumlah pekerja yang sedikit. Kalau banyak kerja tu sudah perkara biasa. Tapi bila boss bagi kerja kat, maksudnya korang tu orang dipercayai untuk lakukan tugas tu. Tiba-tiba korang cakap 'Saya takde masa lah boss'. Korang rasa apa akan berlaku? Kalau korang pun kena pecat nanti jangan salahkan boss pula.  Ataupun korang boleh,

"Saya amat sukakan tugasan ini, tetapi masih tidak tahu sama ada boleh siapkan pada masa yang diperuntukkan, tetapi saya akan cuba dulu."

Kalau dah memang tak boleh cakap 'okey, saya buat' pun dan sememangnya korang busy dengan kerja yang sedia ada. Tapi bagilah alasan yang tak membuatkan boss rasa yang korang ni pemalas. Gaya bahasa itu penting.

 

2) Bukan salah saya, ataupun ia salah orang lain.

Ni lah paling pantang boss korang kalau dengar. Saling menyalahkan orang lain, contoh  situasi bila ada masalah di setiap projek yang korang secara kumpulan lakukan, tetapi salahkan orang lain walaupun hakikatnya itu team korang sendiri. Boss korang tak nak besarkan masalah, mereka hanya inginkan jalan penyelesaiannya.

"Mungkin kami terlepas pandang perkara ini, saya ingat ia begitu mudah, tetapi sebenarnya ada cabaran juga. Kami sebagai team akan menyelesaikan masalah ini dengan segera"

Kalau dah boss korang dalam keadaan marah, cakap lah sesuatu yang melegakan hati nya, bukan korang pun nak emosi tak tentu pasal kan. 

 

3) Saya terlebih parti.

Biasalah kalau duduk di bandar-bandar besar. Malam bukan masa untuk tidur dan berehat. Esok paginya korang datang kerja dengan keadaan lesu, malas dan tidak bertenaga. Bila boss tanya kenapa tak produktif hari ini, mulalah korang buka cerita 'Saya tak cukup tidur, sebab tadi malam saya berparti terlebih' 'saya melepak sehingga 5pagi'. Walaupun korang perlukan waktu untuk lepaskan tekanan, tetapi aktiviti sosial tidak perlulah diceritakan kepada boss korang.

"Saya minta maaf, ini silap saya tidak mendapatkan rehat yang cukup, saya akan mengatur masa saya selepas ini, saya akan pergi mendapatkan secawan kopi dan fokus kepada kerja saya"

Ia kerana walaupun korang dalam keadaan tidak sihat. Tetapi ia untuk menunjukkan yang korang ni masih ada kesungguhan untuk melakukan kerja.

 

4) Saya tak boleh lakukan ia. 

Tak cuba mana nak tahu kan, belum-belum dah tunjuk sikap yang korang ni cepat putus-asa. Kalau boss dah bagi kerja tu kira untung tau, mana tahu lepas ni dapat projek besar pulak. Kami faham mungkin korang takut akan cabaran. Tetapi sampai bila? Takkan terus nak cakap 'TAK NAK'? Kalau kami sebagai boss pun sakit hati bila dengar.

"Saya rasa berpotensi untuk lakukan ia, sebelum ini tak pernah lakukan dan saya harap boss dapat memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya masih baru dalam perkara dan siap sedia dengan segala cabaran"

Walaupun korang ni budak baru, tetapi buktikan lah yang korang ni dah macam senior. Dengan mudah naik gaji dan pangka lah jawabnya. Hehe!

 

Jadi setiap ayat dan luahan yang korang cakap tu mempengaruhi pandangan dan  mood sesorang. Sebab itulah pentingnya tatabahasa dulu. Jangan lah tunjukkan diri korang ni pentingkan diri sendiri dan tidak hiraukan orang lain. Ingat kalau korang berjaya tu, mesti ada tulang belakang yang membantu.