Nak Tahu Bagiamana Untuk Dapatkan 50% Diskaun Tol Sempena CNY? Ikut Tips Dari PLUS Ni
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Nak Tahu Bagiamana Untuk Dapatkan 50% Diskaun Tol Sempena CNY? Ikut Tips Dari PLUS Ni

post by Aisya

by Aisya

Jan 25, 2017
at 3:52 AM

Sekarang pun dah nampak ramai yang tak sabar nak balik sempena Tahun Baru Cina kan? Esok ni mesti ramai yang dah siap-siap ambil cuti sebab nak pulang awal ke kampung. Kalau korang nak kekal happy di jalan raya dan tidak tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas, baik korang ikut jadual perjalanan PLUS yang disediakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas. 

Bagi mereka dari Lembah Klang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) serta Johor, dinasihatkan untuk memulakan perjalanan sebelum pukul 12 tengah hari. Bagi mereka yang menuju ke Perak (tengah), Perak (Selatan), Selangor, Negeri Sembilan, serta Melaka pula dinasihatkan untuk memulakan perjalanan selepas pukul 2 petang. Bagi yang menuju ke Lemabh Klang pula mulakan perjalanan korang sebelum pukul 12 tengah hari ataupun seleas pukul 2 petang.

 

50% diskaun di Plus toll

Yang bestnya, korang boleh jimat duit poket korang sempena Tahun Baru Cina ni sehingga 50% diskaun jika korang melalui toll dari pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi pada hari Jumaat (27 Januari), Isnin (30 Januari), Jumaat dan Sabtu (3-4 Januari). Dapatkan diskaun ini jika anda menggunakan kada PLUSMiles, Touch 'n Go serta SmartTag.