Jepun Bakal Berikan 3 Hari Cuti Seminggu Kepada Pekerja Mereka -Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Jepun Bakal Berikan 3 Hari Cuti Seminggu Kepada Pekerja Mereka -Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 25, 2017
at 4:51 AM

Pernah dengar tak insiden membunuh diri seorang wanita muda di Jepun? Gadis yang berumur 24 tahun telah membunuh diri atas sebab terlampau penat bekerja 105 jam dalam masa sebulan. Sebenarnya banyak lagi kemalangan sebegini yang terjadi di Jepun. Ianya terlampau biasa sehinggakan mereka menggelarnya sebagai Karoshi iaitu pekerja yang mati kerana terlebih bekerja. 

Atas insiden yang berlaku itu, syarikat Dentsu telah mengeluarkan peraturan baru di mana office perlu menutup lampu dari pukul 10 malam hingga 5 pagi. Tapi itu sahaja tidak mencukupi kerana  kajiann menunjukkan secara purata rakyat Jepun bekerja 80 jam sebulan! Apa tindakan yang Jepun ambil?

 

Yahoo Japan Corp bakal memperkenalkan 3 hari cuti seminggu bermula 2020

Kalau secara umumkan hujung minggu adalah 2 hari sahaja, Sabtu dan Ahad, bukan? Jepun bakal memperkenalkan hujung minggu selama 3 hari yang akan berkuat kuasa pada 2020. Mereka mengharapkan kaedah ini dapat meningkatkan produktiviti dan membenarkan mereka untuk berehat dengan secukupnya. 

 

*Sumber: Independent